Pelakon Andy Lau akan terus berlakon meskipun usianya sudah mencecah 62 tahun kerana enggan menunjukkan contoh tidak baik kepada golongan muda. Andy berkata, dia tidak selesa jika anak-anak melihat dia hanya berehat di rumah dan tidak melakukan sebarang pekerjaan.
Kata Andy, tindakan seperti itu mungkin memberikan pengaruh negatif terhadap golongan muda yang mungkin akan terpengaruh dengan sikap ditunjukkan. "Saya mempunyai anak dan jika mereka lihat saya hanya berbaring tanpa melakukan apa-apa, mereka mungkin tertanya-tanya dan ingin menjadi seperti saya. "Ia contoh yang buruk kepada golongan muda," katanya. Dalam pada itu, pelakon filem The Infernal Affairs ini juga memberitahu dia tidak hanya mengejar kejayaan untuk kepuasan sendiri namun ingin menjalani kehidupan lebih bermakna. "Apabila bercakap mengenai kerjaya lakonan, saya tidak mencari kejayaan peribadi sebaliknya berharap untuk menjalani kehidupan yang lebih berharga," ujarnya.
Untuk rekod, Andy berkahwin dengan bekas model Malaysia iaitu Carol Chu pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hanna yang berusia 11 tahun. Andy sebelum ini membintangi beberapa filem popular termasuk God of Gamblers, Cold, Running Out of Time dan Future Cops. Sumber: mStar |
sarah_ary2 replied at 15-10-2023 07:42 AM
Teringat hensem betul Andy dalam movie Needing You dgn Sammi Cheng, aiols mmg suka gila
gabungan dua ...
A-Are replied at 16-10-2023 08:37 AM
kan...suka giler sammi cheng dulo2
sarah_ary2 replied at 16-10-2023 02:26 PM
Cantik kan dia, terletak muka dia tue pastue berlakon dalam movie romantic comedy pun jadi b ...
A-Are replied at 16-10-2023 02:33 PM
haah, igt dulu2 kalau nk tgk cter cina bes TV2 hari sabtu malam, sammi cheng berlakon jd tkg jual ...
sarah_ary2 replied at 16-10-2023 07:02 PM
namanya Marry A rich Man tak salah dgn Richie Ren, femes jugak movie ni dulu, aiols suka movie HK ...
A-Are replied at 16-10-2023 07:42 PM
dm ramai2 pelakon lelaki i olls plg suka ekin cheng tu..legend betol young n dangerous...
ADVERTISEMENT