Pelakon Izara Aishah dan suami Adib Khalid selamat menimang bayi perempuan kedua. Perkara itu disahkan oleh Adib menerusi ruang komen di Instagram milik Izara pada petang Jumaat yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi keduanya.
"Alhamdulillah... Menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih untuk doa," katanya. Izara turut memuat naik video memperlihatkan Adib dengan reaksi wajah gembira sedang mendukung bayi keduanya itu. Manakala anak pertamanya Irisa Alaia, 3 tahun dilihat sedang bermain-main dengan adiknya. Bagaimanapun, Izara tidak memberi butiran tentang anaknya itu termasuk tarikh dia bersalin. Dalam pada itu, peminat turut mengucapkan tahniah kepada Izara dan adib atas kelahiran anak kedua mereka.
|
ADVERTISEMENT