CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bebaskan Lelaki Miliki Air Ketum, Anggota Penguat Kuasa Ditahan SPRM

13-10-2023 04:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8349| Komen: 0

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang anggota penguat kuasa semalam selepas disyaki menerima rasuah sebanyak RM2,000.

Anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah itu sebagai balasan untuk membantu melepaskan seorang lelaki yang direman atas kesalahan memiliki air ketum.



Sumber berkata, anggota terbabit yang berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan pada 11 malam.

SPRM mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.028850 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top