CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kongsi Penyata Bank Kata Riyak Pula" - Syada Amzah Mula Kerja Sejak Usia 13 Tahun

13-10-2023 04:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22477| Komen: 186

Menangkis tuduhan netizen menjadi beban Shila Amzah, penyanyi Syada Amzah memberitahu perkara itu tidak benar sebaliknya dia sudah mula bekerja sejak berusia 13 tahun.

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, malah berkata, dia sudah mula berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain sejak berada di tingkatan tiga.



"Salah adik nak serang ni. Saya mula bekerja sejak berusia 13 tahun, sara diri pada usia 15 tahun," katanya.

Syada berkongsi perkara itu ketika membalas salah satu komen daripada netizen berhubung kemelut melibatkan adik beradiknya yang hangat diperkatakan.

Bagi membuktikan dia tidak bergantung kepada Shila, Syada juga tidak teragak-agak berkongsi penyata bank miliknya kepada umum.

Namun kata Shila, jika dia berbuat demikian dibimbangi dituduh sebagai riyak.

"Betul-betul kelakar baca komen, kongsi penyata bank kata riyak pula," ujarnya.


Bagaimanapun ramai tidak mempercayai perkara itu sebaliknya mendakwa Syada mungkin menggunakan wang sendiri untuk keperluan peribadi namun perkara lain ditanggung Shila.

Malah netizen menyarankan Syada membeli banglo berkenaan daripada Shila jika penyata bank yang ingin ditunjukkan boleh mendatangkan riyak.

"Kalau penyata bank itu boleh mendatangkan riyak, mesti boleh beli rumah itu daripada Shila. Selepas itu halaulah Shila daripada rumah itu ibarat kucing kurap.

"Cuba kongsi sikit penyata bank itu, kami nak tengok. Sara diri beli barang keperluan kot... Makan minum di rumah ditanggung oleh kakak juga," antara komen netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nena9042 13-10-2023 04:18 PM
Dah tu buat apa merempan pasal rumah
Kalau kakak dah nak jual rumah dia & savings kau banyak,
Pergi je la cari rumah sewa sendiri
Bawak mak tu
Problem solved kan
Quote doubleA 13-10-2023 04:20 PM
Duit ko utk tekak ko je. Memang boleh jimat kalau kakak provide semua. Maklalat pun takkan minta kt ko, abg bewok ko pun tak minta kt ko kalau kakak kaya ada. Ko pun dapat benefit, tu pun tak bersyukur lagi nak gaduh dgn kakak. Malang sungguh bakal laki ko cadah
Quote airmineral 13-10-2023 04:21 PM
tu aku kata aritu
bising2 sgt buat ape
korg beli je la rumah tu drpd xila
abes cite
anak2 bulus dan abg bewak pun boleh terus tinggal situ
Quote wi_haryati 13-10-2023 04:21 PM
nena9042 replied at 13-10-2023 04:18 PM
Dah tu buat apa merempan pasal rumah
Kalau kakak dah nak jual rumah dia & savings kau banyak,
Pergi  ...

betul, senyap aja udah, damaikan bewok yang seko dok meroyan tu. dah nampaknya dia je yang kaki menempek tak reti keje kan
Quote jaja 13-10-2023 04:22 PM
Bistu nak merempan kenape? Bwk la mak toxic dgn abg bewak ko pindah umah?
Quote Oroi8887 13-10-2023 04:22 PM
Wow bunyi mcm byk sgt dlm acc tu. Apalagi blah la cari rumah, bawak sekali mak n abang  kau tu. Hahaha kau taknak downgradekannnn. Dh biasa hidup dlm banglo, ttiba kena duduk condo 900sft
Quote Bergosip 13-10-2023 04:22 PM
sara diri pada usia 15 tahun? indirectly, bagitau yang your parents tak bertanggungjawab. tak laksanakan tugas sebagai parents

yang buka aib keluarga? syada bukan sha
Quote DeLuna85 13-10-2023 04:23 PM
Ok apa kata tunjuk je. Lepas tu beli rumah sendiri
Quote Incanto 13-10-2023 04:24 PM
so?

kalau bnyk duit ko beli lah rumah utk mak dan abg abg….sanggup ke?

kalau tak, tak payah gebang
Quote adiksha 13-10-2023 04:24 PM
aku tak sokong mane²
tapi kesimpulan disini ialah patut la pak lalat lari
aku sbg org awam yg tak sebumbung pun pening dgn drama² gini
umo² paklalat tu mmg selalunye nak hidup aman² tenang²
tapi dek kerana byk kerenah, baik beliau angkat kaki katenyeee

gitu ler pendapat aku.............  *[em:4:]*
Quote anilanil 13-10-2023 04:24 PM
Dah ada bank statement yg strong tak reti lagi ke nak apply rumah RUMAWIP/RSKU. Beli sekali Axia Rahmah. Pulangkan banglo & keta akak ko.
Quote ayukpingu 13-10-2023 04:25 PM
alaaa tunjuk je la statement. nnt kitaorg decide rumah jenis apa sesuai utk golongan biawak hidup dan merempan mcm anak beranak ni
Quote Bergosip 13-10-2023 04:25 PM
betul ke banyak duit?

sebab sapiq buat live dan mention masa pkp, ada tunggakan bil elektrik hampir RM12K. Nd lala bayar RM4K, selebihnya Sha bayar. sapiq pon mention yang Sha jarang dekat rumah. tahun ni 2 kali je datang rumah, tahun lepas pon 2 kali je datang rumah


Kalau banyak duit dan selaku penghuni rumah tu. kenapa tak bayar duit tunggakan elektrik?

Quote Hoola 13-10-2023 04:30 PM
syada pls syaduppppp

sekian

-pesanan netijem
Quote syamzana 13-10-2023 04:36 PM
adiksha replied at 13-10-2023 04:24 PM
aku tak sokong mane²
tapi kesimpulan disini ialah patut la pak lalat lari
aku sbg org awam yg tak s ...

paklalat tu plg keji sambil melarikan diri sambil gelenyar. patut sbg ketua keluarga dia la kene betulkan semua org dlm fmly tu skali dia paling hanatttt.
asbab dia la semua org jd camni. berhutang sana sini, mlm, x keje, ujung2 anak kene kerah jadi kuli.
sebaiknya paklalat tu pakat baling ngan batu je la
Quote doubleA 13-10-2023 04:39 PM
Bergosip replied at 13-10-2023 04:22 PM
sara diri pada usia 15 tahun? indirectly, bagitau yang your parents tak bertanggungjawab. tak laksan ...

Memang dari sebelum paklalat lari rumah lagi cadah gebang dia yg bayar duit tusyen dia sendiri. Indirect cakap bapak dia tak guna. Memang dia ni la punca family dia berantakan dah mulut busuk dia lagi laju dari otak.

Tapi mana dia sedar dia salah, dia je la betul

Maklalat pun redho dia dgn abg bewok dia

Xilalat je anak durhaka, xilalat je berkira, xilalat je penipu

Anak bewok dia yg lain betul

Sebab tu sapik cadah ni berani tampo, kurang ajar dgn kakak, paklalat. Payung besar ialah maklalat
Quote I.K.A888990 13-10-2023 04:39 PM
laaaa dah tu awat hang bising kakak nk jual rumah dia...adoiiii diam2 je la syada
skrg kau beli je umah sewa utk mak abg kau tu...duk jauh2 aman2 sikit
Quote Orix 13-10-2023 04:41 PM
dahtu yg ko merempan mcm kucing kurap bagai dah kenapa dekkk ??? kalo ko ada duit sgat pegi la beli rumah sendiri, ko nak merempan rumah orang lain orang tu nak jual dh kenapa dekkkkk ??
Quote owlowl22 13-10-2023 04:43 PM
kalau penyata sampai boleh buat riyak kau tolonglah ringankan beban hakak kau tu buat sesuwatu kat masalah famili korang tu…nak mengendong kat satu bahu je ranaplah cada oii mana sense of responsibility kau sebagai anak atau sebagai adekk ..

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.240477 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top