Perkongsian pelakon, Rita Rudaini di Instagram berkenaan ciri-ciri ibu bapa yang 'rosak' menarik perhatian warga maya sekali gus meninggalkan teka-teki mengenai individu yang dimaksudkan.
Menerusi hantaran tersebut, ibu bapa 'rosak' adalah mereka yang melepaskan tanggungjawab mereka kepada orang lain. "Campak anak, tak ambil tahu kebajikan anak konon terpaling berdikari. Serah 100 peratus kepada pihak lain. "Tak nak ambil tahu konon terpaling percaya pihak lain lebih arif dalam menguruskan sampai lepas tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa kepada pihak lain. "Itulah ciri-ciri ibu bapa yang ‘rosak teruk’ dan yang jahat pada anak sendiri," tulisnya. Terdahulu, Rita turut memuat naik posting yang mengatakan bahawa lebih baik seseorang itu memegang watak jahat untuk kebaikan dan kesenangan semua pihak daripada memegang watak baik tetapi banyak muka.
Sumber: Oh Bulan |
shinyoung replied at 13-10-2023 11:46 AM
Mls nk komen.. Haha.. Terpaling ibu.. Terpaling bapa.. Ok next.. ????
ADVERTISEMENT