CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kos Sara Hidup Mahal, Tony Eusoff Rasa Tak Mampu Kalau Nak Kahwin Dan Tanggung Anak Isteri

13-10-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8399| Komen: 26

Tony Eusoff selesa hidup bujang dan tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.

Perkahwinan bukan keutamaanbuat dirinya kerana merasakan diri belum cukup mampu untuk memberikan kehidupan yang baik kepada keluarga sekiranya berkahwin kelak.


Foto: IG

“Saya belum mahu mendirikan rumah tangga sebab tak cukup mampu untuk berikan kehidupan yang saya mahukan sekiranya memiliki isteri dan anak.

“Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, saya rasa lebih elok saya tak kejar (jodoh). Jika ada, adalah,” katanya kepada Utusan.

Tony juga memaklumkan keluarganya tidak pernah memaksa dan cukup memahami pilihannya untuk tidak tergesa-gesa untuk mencari suri hati dan berumah tangga.



“Dalam dunia ini, mustahil setiap manusia itu berkahwin kerana pasti ada yang hidupnya solo. Saya percaya rezeki jodoh setiap manusia tak sama.

“Jangan memandang negatif kepada individu yang belum mahu berkahwin. Perkahwinan bukan keutamaan dalam hidup saya dan banyak lagi matlamat yang kita kena capai selainnya

“Hidup asal bahagia, dapat kasih sayang keluarga dan rakan-rakan itu sudah memadai untuk saya buat masa ini. Itu lebih penting,” jelasnya.



Pelakon yang dikenali menerusi filem Di Ambang Misteri ini bagaimanapun tidak menafikan wujud wanita yang cuba mendekati dan berminat menjalin hubungan istimewa dengannya.

“Tapi itulah seperti saya katakan itu bukan keutamaan, lebih-lebih pada usia saya sekarang ini. Apa yang saya pentingkan adalah ibu saya yang kini berusia 76 tahun.


“Banyak benda yang kita kena fikirkan dalam mencari pasangan lebih-lebih lagi penerimaan mereka terhadap keluarga saya. Jadi saya tak mahu runsing memikirkan soal itu. Kalau ada jodoh, adalah. Saya tak mencari,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 13-10-2023 10:43 AM
pakai bj lawa, tp x mampu, koman nye...

cakap je lah suka dok sorang2, nti pun reput sorang2, x yah ckp anak bini tu mcm beban
Quote prince_marhaen 13-10-2023 10:46 AM
coming out the closet je la bang...macam Alvin Chong tu.. senang orang tak tanya dah...
Quote missbigrockstar 13-10-2023 11:02 AM
prince_marhaen replied at 13-10-2023 10:46 AM
coming out the closet je la bang...macam Alvin Chong tu.. senang orang tak tanya dah...

Tak silap aku dia pernah kapel dgn pompuan serani kerja belakang tabir dulu. Tapi ni lama dah lah awal 2000 taktau lah apa preference dia lani
Quote hzln 13-10-2023 11:33 AM
Anak ex-tpm tu tak expect ko tanggung dia kot. Ke sbb uols dah kertu, sheols dah cari hanak hekan yg lebih mudo?
Quote ally9970 13-10-2023 11:33 AM
Betullah tu...especially utk dia yg non-muslim.
Kalau boleh beli susu kat kedai, buat apa nak bela lembu...
Quote AWEKSAMURAI 13-10-2023 11:35 AM
Aikkkk .. habis dlu yg ko introduce ank si musa itam tu isteri ko apa nye ..adeh x faham
Quote AWEKSAMURAI 13-10-2023 11:35 AM
hzln replied at 13-10-2023 11:33 AM
Anak ex-tpm tu tak expect ko tanggung dia kot. Ke sbb uols dah kertu, sheols dah cari hanak hekan yg ...

Mati2 aku ingat dorang laki binj
Quote aciksenah 13-10-2023 11:40 AM
prince_marhaen replied at 13-10-2023 10:46 AM
coming out the closet je la bang...macam Alvin Chong tu.. senang orang tak tanya dah...

Alvin dah mengaku ke..wowzer.. Tu la..kadang ada terfikir mcm ni jugak kalau lelaki berduit, tapi tak mau kawin. Iols ada sorang kawan sekolah ni. Memang hensem..kerja pun boleh tahan tahap pengarah..something like that la kira yang berjawatan tinggi. Setiap kali post gambar kat medsos ramai perempuan yang dok komen. Kalau nak cari jodoh tu memang petik jari je orang cakap.

Quote prince_marhaen 13-10-2023 11:51 AM
aciksenah replied at 13-10-2023 11:40 AM
Alvin dah mengaku ke..wowzer.. Tu la..kadang ada terfikir mcm ni jugak kalau lelaki berduit, tap ...

Av tak mengaku direct tapi dah openly post video ngan hubby heshe model europe tu...video manjah2 joget2 kat oversea semua.. and tag hubby heshe... video hubby heshe pun ada hashtag #lover gittew...

kadang laki yang dah complete semua ni malas dah nk fikir kawin, even yang straight pun... drpd tanggung minah minah aneh.. better settle down sendiri.. macam kawan meols lah..anak2 buah pun ramai dah belas2...so why bother kan.. kalau horn-horn, settle la sendiri kan.. huhuhu


Quote limesherbet 13-10-2023 12:02 PM
Aik dia dah tak dengan GF gemok single mother tu dah ke?
Quote Suchi 13-10-2023 01:44 PM
Takyah kawen laa lagipun dia non muslim  so bkn masalah besor bab tu

Dia ni kan mmg berjaga bab duit gara PKP dulu takde job bagai.
Quote naxo504 13-10-2023 02:33 PM
Thanks for sharing the Post!
Quote Diplomat 13-10-2023 02:45 PM
Itu lah yang sepatutnya. Kalau basic things tak mampu provide untuk family, tak payah kahwin dulu. Jangan cerita kemewahan kalau basic things pun terkial-kial.
Quote sharlenetexas 13-10-2023 02:48 PM
Bukan ke mcm dah ada bini?


Quote mamajawie 13-10-2023 03:20 PM
hzln replied at 13-10-2023 11:33 AM
Anak ex-tpm tu tak expect ko tanggung dia kot. Ke sbb uols dah kertu, sheols dah cari hanak hekan yg ...

sapo sis bagitau la skit hint ke nama girl tu..

Quote TomyamPuteh 13-10-2023 04:00 PM
Penah nmpk dpn2 dia ni dkt Starbuck AEON. Xde aura retis langsung. Rupa marhaen je pun, tapi tinggi tu secukup rasa la.
Quote Girl-N-Roses 13-10-2023 04:14 PM
bukan dia tinggal serumah ke dgn anak ex tpm ke
aku ingat dh kawen
Quote LadyCarefree 13-10-2023 05:33 PM
prince_marhaen replied at 13-10-2023 10:51 AM
Av tak mengaku direct tapi dah openly post video ngan hubby heshe model europe tu...video manjah2  ...

Bukan lelaki je. Macam iols pun xkisah pun psl kahwin. Tp oklah jumpa yg sekepala maka kahwinlah. We all pun jenis xnak anak. Buat apa nak complicate our perfect (to us, for us) life. iols pun ada kawan both genders yg choose single life. Happy je living life to the fullest.
Quote LadyCarefree 13-10-2023 05:34 PM
Diplomat replied at 13-10-2023 01:45 PM
Itu lah yang sepatutnya. Kalau basic things tak mampu provide untuk family, tak payah kahwin dulu. J ...

Bukan bab duit saja tapi bab hati, mental bagai juga.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.091113 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top