CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masih Teruna Di Usia 71 Tahun! Lelaki Kurung Diri 55 Tahun, Bina Pagar Tinggi Keliling Rumah Elak Didekati Wanita

13-10-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8131| Komen: 24

Seorang lelaki  membina pagar setinggi 15 kaki (4.6 meter) untuk menghalang wanita datang ke rumahnya.

Callitxe Nzamwita yang masih teruna di usia 71 tahun mengurung dirinya di dalam rumah selama 55 tahun kerana takut kepada jantina lain, dan menjauhkan dirinya daripada orang ramai.


Dia mengakui dia sangkat takut dengan wanita datang ke rumahnya, justeru dia mengasingkan diri.

Foto: Newsflash

Walaupun melalui ketakutan ini, wanita tempatan memastikan dia terus hidup dan membantunya untuk 'bertahan'.

Walaupun hidup sendiri dan jauh daripada jantina berlainan, Callitxe mendapati dirinya dibantu oleh wanita kampung yang takut dia akan mati sekiranya mereka tidak campur tangan.

Walaupun mereka mendapatkan bahan makanannya untuknya, dia tidak membenarkan wanita mendekatinya.

"Sebab saya mengurung diri di dalam sini dan mempunyai pagar di rumah saya adalah kerana mahu memastikan wanita tidak akan mendekati saya," katanya.


Jika ternampak wanita dalam perjalanan ke rumahnya, Callitxe segera mengunci dirinya di dalam dan mengunci pintu.

Lelaki bujang itu dipercayai mengalami gynophobia, iaitu ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_karat 13-10-2023 10:43 AM
Ni kira dia ni geli geleman ke hapa bila nampak pompuan pakcik ni. Haha..
Quote Suchi 13-10-2023 11:03 AM
Pastu dia keje apa je? Wanita tempatan gak nak kena bantu dia sbb takut dia mati sorang2 plak.

Quote sashasam 13-10-2023 03:13 PM
asexual kot pakcik ni.
Quote AbukRokok 13-10-2023 04:18 PM
hmmmmmmmmmmm
Quote AbukRokok 13-10-2023 04:20 PM
Lelaki bujang itu dipercayai mengalami gynophobia, iaitu ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita


lelaki utk disayangi bukan utk ditakut takutkan
kalau xsuka hantar dia balik rumah/kubo mak bapak dia
Quote margo20 13-10-2023 04:44 PM
Nasib baik tak ensem
Quote insulin 13-10-2023 04:46 PM
Boleh diklasifikasikan sebagai gay ke ni?
Quote amyza 13-10-2023 05:16 PM
Trauma kot penah kena tipu wanita
Quote seri_mawr 13-10-2023 05:16 PM
sbb x hensem x la rugi sgt keturunan dia x berkembang....huhuhuhu
Quote kepompong 13-10-2023 05:25 PM
ni baru betul2 virgin kalau kuin kepam nak brag , mmg tak tipu... kuin kepam boleh ajar memacam @Cleocatra
Quote Jitu 13-10-2023 05:41 PM
baik2 jiran dia tak bior je jenis ambik cakna
bkn mcm satu tempat tu jangan kan jiran sebelah rmh, yg sebelah bilik pun tak kenal
kekonon m.y.o.b



Quote Supersirap 13-10-2023 05:50 PM
macam-macam hal mereka ini
Quote syamzana 13-10-2023 06:02 PM
"Jika ternampak wanita dalam perjalanan ke rumahnya, Callitxe segera mengunci dirinya di dalam dan mengunci pintu"

caner nak nmpk org yg dtg kerumah, pagar kan main tggi. mesti tokki mengintai dari celahan pagar ni
Quote kakarot1 13-10-2023 06:48 PM
Edited by kakarot1 at 13-10-2023 06:50 PM

Interpretation of dreams is an intriguing exploration of the subconscious mind's mysterious realm. This practice, deeply rooted in various cultural and psychological traditions, suggests that dreams carry symbolic meanings that can offer insights into our innermost desires, fears, and unresolved conflicts.
Quote gigahertz 13-10-2023 08:01 PM
star_karat replied at 13-10-2023 02:43 AM
Ni kira dia ni geli geleman ke hapa bila nampak pompuan pakcik ni. Haha..

i rasa masa dia kecik2 dulu kena raba dengan perempuan.
Quote jiwasemangat 13-10-2023 08:12 PM
Suka ati dia laa.. ini pon isu semasa kerr..?
Pass ni harga beras boleh turun kerr?
Quote gideoncross 14-10-2023 01:51 PM
syamzana replied at 13-10-2023 06:02 PM
"Jika ternampak wanita dalam perjalanan ke rumahnya, Callitxe segera mengunci dirinya di dalam dan m ...

Gelak hentak kaki iol dlm thread ni, artikel & komen2 smua klakar
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 11:06 PM

Quote slyflynx 10-9-2024 03:23 AM
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047256 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top