CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Minah Tu Dah Lencun, Nak Payung Apa Lagi," Lakonan Hael Husaini Kena Kutuk, Babak Tak Realistik, Jijik

13-10-2023 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12518| Komen: 70

Empat belas tahun jadi penyanyi dan komposer, Hael Husaini kini dah berlakon dalam drama.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sebuah babak yang dilakonkan Hael dengan Qasrina Karim.


Babak tersebut menunjukkan Qasrina lencun dibasahi hujan lalu Hael muncul dan meneduhi Qasrina dengan jaket yang dipakai Hael.

Foto: IG

“Fuhhh oppa! Dah macam cerita Kdrama dah ni.

“Scene berdiri tanpa sebab, tenung each other lama lama dalam hujan lebat. Tak risau kena panah petir ke?

“Aku dok tunggu juga end credits dan logo logo sponsors keluar,” tulis seorang pengguna. 


Di ruangan komen rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut dengan mengatakan babak tersebut tidak realistik dan ‘jijik’.

Malah ramai yang turut terhibur dengan babak yang dilakonkan di tengah hujan tersebut.


“Inilah masalahnya apabila industri hiburan malaysia berkiblatkan Korea. Terlalu cringe, try hard dan tak relate bagi audience yang tak layan Kdrama.

“Sebab mana ada orang terpacak berdiri kat tengah-tengah hujan ni. Bruhh lagi satu mana datangnya cermin mata tu tiba-tiba je?,” kritik seseorang.


“Minah tu dah lencun, nak payung apa lagi,” komen seorang warganet.

“Power lah pakai spek kat tengah hujan. Mesti tak nampak apa,” tulis seorang warganet.


“Orang hujan lari, bukan tenung langit. Very unrealistic,” kritik seseorang.

Difahamkan, Hael turut sanggup menjalani kelas lakonan hanya untuk menjayakan drama pertama lakonannya itu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 13-10-2023 09:41 AM
Kim hael hyun!
Quote Incanto 13-10-2023 10:07 AM
lain sungguh rupa HH

mak bapak sendiri pun tak cam

berapa RM lah dia spend
Quote cicicumel 13-10-2023 10:09 AM
Cerita ni hero Nadhir ke HH?
Quote RoseLuna 13-10-2023 10:09 AM
Kenapa muka heols dah rupa Michael Jackson

Quote deebiz14 13-10-2023 10:13 AM
cicicumel replied at 13-10-2023 10:09 AM
Cerita ni hero Nadhir ke HH?

Hero Nadhir... si HH ni ex-bf nyer...Meols nak nengok lakonan qasqas jer.

Quote yusuke22 13-10-2023 10:18 AM
Mcm bangang ja nama drama tu
Quote cikatilia 13-10-2023 10:18 AM
HH ni kalau jadi hero.. ewww sgt
Quote aciksenah 13-10-2023 10:19 AM
Dah payungkan dengan baju tu..lari la cepat2 cari tempat berteduh. Lps tu tenung la puas2 sampai nak terkeluar bijik mata pun...No point la kalau dah payungkan lagi mau terpacak dalam air hujan...
Quote cmf_baby_ayang 13-10-2023 10:20 AM
Cerita ni adaptasi novel Petrichor. Kalau ikut novel memang best jalan cerita dia. Bercinta dr sekolah sampai mamat yg muka biasa2 jd pujaan ramai. Tak sabar nak tgk coz ada Nadhir
Quote tokchik 13-10-2023 10:21 AM
gambar pegang guitar tu dah mcm michael jackson aku tgk
Quote Komenga 13-10-2023 10:23 AM
Tak cair pulak make up he dalam hujan tu? He punya make up dalam cerita ni lagi tebal dari heroin Qasrina
Quote kotakominami 13-10-2023 10:25 AM
aciksenah replied at 13-10-2023 10:19 AM
Dah payungkan dengan baju tu..lari la cepat2 cari tempat berteduh. Lps tu tenung la puas2 sampai nak ...

Haha ku gelak jahat...padahal tepi tu ade je bangunan boleh teduh....
Quote alieyrina 13-10-2023 10:50 AM
Bongokla ampa ni. Adehh lawak
Cringe hingga ke tulang sum2 tengok scene kat atas uwekkk
Quote Suchi 13-10-2023 10:51 AM
Muka kat poster dah mcm rupa ahli kumpulan cool tu Riot ke apatah nama
Lebih kurang muka ar trompel juga
Quote Suchi 13-10-2023 10:57 AM
alieyrina replied at 13-10-2023 10:50 AM
Bongokla ampa ni. Adehh lawak
Cringe hingga ke tulang sum2 tengok scene kat atas uwekkk

Scene budak sekolah pun ada

Btw ingatkan hael ni rendah je rupanya tinggi skit la drpd qasqas tu
Ke sbb qas tak tinggi pun, yela dia model tudung bukan catwalk
Quote Kentot_Wangi 13-10-2023 10:57 AM
Klu ak xdan hael tu tadah dgn baju dia, lari dlu. Hahaha
Quote Sagiez 13-10-2023 11:15 AM
Mekap si jantan lagi tebal dari yang pompuan..

Tapi..jantan ke?
Quote apedehal 13-10-2023 11:36 AM
RoseLuna replied at 13-10-2023 10:09 AM
Kenapa muka heols dah rupa Michael Jackson

Sepesen diorg ni..haritu aku tertengok gambo daiyan  attend event versace..pun seiras michael jackson
Quote acikbrown 13-10-2023 11:41 AM
Baru nak komen,
Mana dtg spek tu. Tiba tiba muncul.
Terpaling KDrama la ni yek..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.043384 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top