Mona Allen difitnah menjadi penyokong yahudi selepas satu akaun Instagram yang menyokong Israel memuat naik fotonya bersama anak, Petra Pekin. Lagi parah, akaun Instagram tersebut menjaja cerita berkata Mona memberi sokongan kepada Israel.
“What the Hamas is doing is plain evil – and nothing will ever justify it, I stand with Israel’. “Yes Queen, @mona.allen is a brave Arabic mama who supports Israel. We love you,” tulis akaun berkenaan pada foto Mona. Di ruangan komen hantaran berkenaan Mona berkata dia hanya memberi sokongan kepada Palestine.
“I stand with Palestine #IsraelKoyak,” tulis Mona. Admin akaun Instagram berikut pula menjawab kepada Mona memintanya untuk tidak takut. “It’s ok don’t be afraid,” tulisnya. Terkejut apabila namanya dipetik, Mona menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya mempertahankan diri dan memohon orang ramai untuk menyekat atau report akaun berkenaan. “What? Kau gila apa? Eh, eh… Too much! Korang yang tengok post ni tolong report page tu!,” tulisnya dalam nada berang. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT