|
Majalah Playboy memecat bekas pelakon pornografi dan model Mia Khalifa daripada perjanjian podcast susulan menunjukkan sokongan terhadap Palestin. Mia, 30, menerusi laman sosial miliknya lantang bersuara menyelar kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Susulan itu, Playboy turut mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemecatan Mia. "Kami menulis surat ini untuk memberitahu tentang keputusan kami mengakhiri kontrak Playboy bersama Mia Khalifa. "Selama beberapa hari, Mia dilihat melontarkan komen menjijikkan dan tercela kerana meraikan kemenangan serangan pejuang Hamas terhadap Israel. "Mia turut menyelar tindakan zionis melakukan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak tidak bersalah. "Disebabkan itu kami merasakan Mia tidak lagi sesuai mewakili jenama Playboy," kata kenyataan tersebut. Playboy turut bertindak memadam semua maklumat dan hantaran mengenai Mia di semua saluran media sosial mereka. Sumber: mStar
|
Perawankota: Tak lawo pon dia ni.. awat fem ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037073 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.