Walaupun isu penyondol di set penggambaran menjadi bualan hangat namun Sweet Qismina percaya dengan suaminya Adam Lee. Kata aktres itu, Adam bukanlah seorang yang suka mengusik di set penggambaran sebaliknya sangat fokus membaca skrip.
“Benda ini semua tentang kepercayaan. Saya sudah kenal Adam sejak zaman sebelum bercinta. Jadi sudah tahu karakternya di set bagaimana. “Adam seperti ada dunianya sendiri. Sebab itu saya selesa dengannya. Tambahan pula Adam seorang yang telus dan rajin kongsikan apa yang terjadi di set penggambaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya mereka berdua berkongsi pengurus yang sama. Jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pasti ia akan sampai juga ke pengetahuan mereka berdua. “Oleh sebab pengurus kami sama, jadi kalau Adam buat hal, mesti saya akan tahu. Begitu juga sebaliknya. “Jadi tidak timbul apa-apa isu untuk kami."
Bagi Adam Lee, 29, apa yang berlaku kepada pelakon lain adalah urusan mereka. Namun bagi Adam, dia akan menjaga kelakuan demi keluarga kecilnya. “Saya tiada hak untuk komen atau tentukan apa yang orang lain kena buat. Saya tidak ambil kisah hal mereka.
“Tapi saya cuba jaga keluarga sebaik mungkin. Dunia saya pun hanya kerja, pergi gim dan pergi Muay Thai,” jelasnya. Adam juga tidak meletakkan apa-apa sekatan atau syarat kerana percaya bahawa Sweet Qismina tahu batasnya sebagai seorang isteri semasa bekerja. -CARI Sumber: Utusan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|