Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai pihak tampil menganjurkan aktiviti maraton dan penggemar larian tersebut pastinya tidak ketinggalan menyertai program tersebut. Pun begitu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, orang beragama Islam tidak boleh menyertai acara maraton anjuran institusi berasaskan riba kerana ia adalah wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya.
Katanya lagi, individu berkenaan berdosa jika masih berdegil dan enggan menjauhkan diri serta terus mempromosikan syarikat berkenaan meskipun tahu penaja menjalankan jual beli diharamkan syarak. "Akan tetapi sekiranya dia tidak cakna tentang senarai penaja atau tidak tahu bahawa syarikat itu menjalankan jual beli berunsurkan riba maka kami berharap mereka ini diberikan keampunan oleh Allah SWT.
"Kami mengesyorkan agar pihak yang terbabit dalam penganjuran perlulah cakna dan prihatin akan sensitiviti umat Islam sekiranya ingin menganjurkan sebarang projek. "Pastikan penganjuran tersebut selamat daripada unsur membawa kepada tipu daya, riba dan sebagainya," katanya dalam blog menjawab pertanyaan hukum menyertai maraton anjuran syarikat berasaskan riba. Mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu juga berkata, kegiatan mempromosi termasuk segala bentuk usaha dan kegiatan boleh menggalakkan masyarakat atau meningkatkan jumlah pelanggan yang akan menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat berkenaan. Sumber: Gempak
|
white_musk replied at 12-10-2023 12:22 PM
Liverpool yg ustat sorga minat tu bukan standard chartered kan
Mulotkoyak replied at 12-10-2023 12:52 PM
Bank Islam pun tgi riba nya. Kenapa guna name bank islam?
Cmtu buatlah Larian Zakat hahaha... Penaja ...
Mulotkoyak replied at 12-10-2023 12:52 PM
Bank Islam pun tgi riba nya. Kenapa guna name bank islam?
Cmtu buatlah Larian Zakat hahaha... Penaja ...
white_musk replied at 12-10-2023 01:40 PM
Larian zakat kan ada beberapa bulan lepas. Tapi sendu lah coverage nya tidak seperti scmkl yang ge ...
nikaido replied at 12-10-2023 02:07 PM
Ada je larian zakat tp fun run jela. Penah masuk sb dpt free ada company sponsor. Fee pun murah. S ...
white_musk replied at 12-10-2023 05:40 AM
Larian zakat kan ada beberapa bulan lepas. Tapi sendu lah coverage nya tidak seperti scmkl yang ge ...
brego replied at 12-10-2023 07:41 AM
lari marathon harom
buat loan terang2 terlibat riba,
ADVERTISEMENT