Seorang wanita maut akibat dicekik oleh kekasihnya gara-gara menolak lamaran lelaki itu untuk berkahwin. Kejadian pada 21 September lepas itu mengorbankan AYK, yang berusia 47 tahun dan berasal dari Bandung.
Menurut Ketua Polis Bandung, Pesuruhjaya Polis Kusworo Wibowo, mangsa dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Hendra Setiawan, 32, telah menjalinkan hubungan kira-kira empat bulan. "Suspek mengajak mangsa berkahwin, tetapi mangsa tidak mahu. Ini kerana anak mangsa masih belum dapat menerima bapa baharu," kata Kusworo. Disebabkan itu, suspek merancang untuk membunuh mangsa dan mengajaknya ke hutan untuk melakukan jenayah tersebut. Pasangan itu menjalinkan hubungan seks dan suspek sekali lagi cuba mengajak mangsa untuk berkahwin, malangnya tetap ditolak. "Selepas hubungan seks selesai, disahkan sekali lagi mangsa tidak mahu berkahwin dengan suspek. Jadi dia dicekik sehingga mati, kemudian mayat mangsa ditutup dengan daun kering," katanya.
Mayat mangsa ditemui di kawasan Gunung Japura Desa Nagrog, Jawa Barat pada Khamis lalu. Suspek yang sudah ditahan bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. -CARI Sumber: mStar/Tribunnews
|
areyam: buat apa nk kawin dah dpt pree ...
areyam replied at 12-10-2023 02:49 PM
buat apa nk kawin dah dpt pree??
ADVERTISEMENT