CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Rasa Keluarga Diri Sendiri Tak Ikhlas, Lebih Selesa Dengan Keluarga Suami

12-10-2023 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3962| Komen: 14

Shila Amzah lebih suka jika dirinya dipanggil dengan nama sebenarnya iaitu Shahila.

Katanya dia sebenarnya tidak menyukai sekiranya terdapat mana-mana individu memanggilnya dengan nama Shila.


Foto: IG

"Saya tidak pernah suka orang panggil saya Shila. Saya memang tidak suka.

"Saya suka nama sebenar saya, Shahila. Saya sepatutnya menggunakannya (nama Shahila)," katanya di Live.

Tambahnya dia lebih selesa dengan gelaran yang diberikan terhadap dirinya iaitu Sha.



"Saya gelar diri saya Sha. Saya suka dipanggil Sha.

"Kenapa saya suka Sha sebab saya letak nama Sha tu untuk saya sendiri. Saya yang pilih nama itu," ujarnya.

Dalam masa sama, Shila mengakui kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarganya hanya untuk tatapan di media sosial sahaja.


Malah, dia tidak pernah berasakan kemesraan yang dipamerkan itu ikhlas daripada hati mereka.

"Orang selalu ingat yang keluarga saya ini sering bersama. Itu hanya di media sosial... saya tidak pernah rasa benda ini semua ikhlas pun," katanya.

Sementara itu, Shila mendedahkan dirinya lebih selesa bersama keluarga suaminya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25.


Merasai kasih sayang diberikan, Shila berkata dia terkesan pemergian ibu mentuanya pada 30 Julai lalu.

"Sebab itu saya terkesan bila arwah mak Ubai meninggal... kalau mak Ubai ada, mesti dia akan nasihat Sha," ujarnya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai sah bergelar suami isteri pada 5 Ogos lalu di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 12-10-2023 11:10 AM
moga dipermudahkan urusan
Quote Burong_Hantuk 12-10-2023 11:11 AM
utk nenek azie,sudah2 la hi tea kat shag ri la hotel dgn set2 datin kepam...
Quote shida81 12-10-2023 11:22 AM
Mmg da nmpk dr si shila ni kecik.. Bpk jenis ctrl.. Konon2 1 family bersatu bila so shila ni msk competition.. Fake gile.. Ak rase adk2 dia jeles sbb bpk dorang focus on shila lebih.. Ye la kwn tu blh buat duit kan... Selagi boleh perah kudrat kwn tu..
Quote laksmanabentan 12-10-2023 11:22 AM
hahahahhahahahaa.......
Quote helicornia 12-10-2023 11:39 AM
Burong_Hantuk: utk nenek azie,sudah2 la hi tea kat shag ri la hotel dgn set2 datin kepam...


sapo nenek azie
Quote supernaturalee 12-10-2023 12:17 PM
langit tak selalu cerah

peringatan utk diri sendiri juga

Quote talapia 12-10-2023 01:16 PM
risau jugak dia kata camni.. orang bole kata.. jodoh dia dengan Ubai tu taktau sampai bila.. nak melebih2 kata family Ubai lagi bagus ke apa..

tapi.. siapala yg kawin utk bercerai berai kan? Pastinya dia mengharapkan jodoh dia dengan Ubai selamanya.. Mungkin memang betul keluarga Ubai mungkin jenis yg tunjuk kasih sayang tu. Tak macam keluarga Shila kot.

Mcm aku.. family aku bukan jenis tunjuk kemesraan.. sampai tahap aku rasa awkward kalau duduk berdua aje kt meja makan dengan mak aku. Taktau nk borak apa,, benda ni repeat.. sama mcm skrg.. aku tak reti nk borak dengan anak2 sangat. Personaliti ke.. upbringin ke.. aku tak pasti.

Mungkin karakter seseorang tu sendiri memainkan peranan. Sha pernah kata.. arwah mak Ubai ada cakap dulu.. kalau dia sihat.. dia sendiri yg akan buat hantaran apa smua.. n walau dalam tempoh yg singkat.. Sha sempat rapat dengan Mak Ubai tu.. means arwah seorang yg loving and mudah didekati. Beza agaknya dengan karakter mama Zie.

Walau apa pon.. jangan berlebih Shila.. buruk camne pon family kita.. simpan sikit.. mereka tetap darah daging.
Quote marchikobonzo 12-10-2023 02:40 PM
Aku doa sha & ubai bahagia sampai ke syurga
Quote naina 12-10-2023 02:49 PM
Semoga Sha bahagia dengan Ubai forrrrr evahhh
Quote sharlenetexas 12-10-2023 02:58 PM
Gerun tengok tapak kasut sheols.

Quote A-Are 12-10-2023 03:04 PM

mak shila
Quote A-Are 12-10-2023 03:09 PM
talapia replied at 12-10-2023 01:16 PM
risau jugak dia kata camni.. orang bole kata.. jodoh dia dengan Ubai tu taktau sampai bila.. nak mel ...

ya betul...air dicincang takkan putus..jangan berlebih...ada bnda yg perlu disimpan
Quote cm_vungtau 12-10-2023 03:10 PM
Takpe la. Kalau kita tak tahu cerita di balik tabir, maybe kita akan cakap baru kawin, jangan over sangat puji mertua.

Tapi disebabkan family Xila ni saiko, so takpe la Xila. Go where the love is. Gitteww. Memang gitu la anak perempuan. Kekadang family melayu ni mentaliti dia tak perlu nak jaga sangat anak perempuan, nanti serah aje kat lelaki. Gittew mentaliti negara dunia ke3.
Quote caprisonne 12-10-2023 03:15 PM
Aku rasa aku faham perasaan Sha ni.. aku pun anak sulung. Moga Sha bahagia dgn Ubai sampai bila2.. jaga rumahtangga.. stress drpd squabble adik beradik ni mmg akan buat murung juga, but hey life goes on.. umur2 mcm diorg ni mmg belum faham lg.. still ego byk bunyik konon terpaling..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.252738 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top