Tular sebuah video memaparkan seorang menantu wanita berkasar dengan ibu mentuanya sendiri kerana tidak mahu lagi tinggal bersama. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh suaminya secara senyap-senyap, isterinya bernama Komal Lalit Dayaramani, 53, itu dilihat membuka pintu sebelum mula mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak mengheret ibu mentuanya ke lantai untuk mengusirnya keluar.
Kejadian berlaku di daerah Thane di Maharashtra, India pada 14 September lepas. Warga emas itu turut dilihat cuba untuk melawan namun tidak berjaya sebelum terlantar di atas lantai sambil meronta kesakitan. Ketegangan berlaku disebabkan Komal yang tidak mahu lagi ibu mentuanya tinggal bersama di rumah suaminya itu. Komal yang bekerja sebagai seorang ejen insurans itu mendakwa bahawa dia tidak menyukai ibu mentuanya tinggal bersama mereka disebabkan sikapnya yang terlalu cerewet dan sering beleter.
|
ADVERTISEMENT