Pembantu peribadi Shila Amzah, Aini Shuhaidah sudah hilang sabar dengan sikap adik-beradik penyanyi berkenaan. Aini berkata adik Shila iaitu Amir Syafiq, 30, memanggilnya sebagai balaci ketika tampil dalam siaran langsung di TikTok.
Dia sudah banyak bersabar dengan semua karenah mereka dan memilih mendiamkan diri. "Aku ini sudah 13 tahun bekerja, luar dalam korang ada dekat tangan aku. "Selama ini aku sabar saja dengan perangai seorang-seorang, macam-macam benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat. "Aku diam sahaja tak kacau hidup orang, kau sedap panggil aku balaci," katanya di Instastory. Dalam pada itu, Aini mendedahkan dia ada mengajak Syafiq bersemuka namun lelaki berusia 30 tahun itu tidak mahu keluar daripada rumah. Aini turut menjelaskan dakwaan dia bersikap biadab terhadap ibu Shila iaitu Fauziah Sarman yang dikatakan bermula disebabkan wanita itu menyebut nama ibunya terlebih dahulu. "Aku pun tak puas hati dengan kau Syafiq Amzah. Balaci ini ajak kau jumpa, kau duduk saja dalam rumah. Tak ada pula nak keluar. "Aku diam dari awal sampailah Datin Fauziah Sarman aka mak kau petik nama mak aku dulu. Panggil aku anak tak berguna. "Kau pun blah semalam tak ada pula nak tunggu sampai benda selesai. Kata gangster, paling tinggi kau boleh WhatsApp aku dari dalam rumah, lepas itu block aku," katanya. Menyifatkan Syafiq sebagai gangster Langat, Aini turut menyifatkan lelaki itu sebagai kaki pukul perempuan. Tambah Aini, tahap kesabarannya juga sudah hilang dan akan mengingati setiap perkara yang berlaku di antara mereka. "Oh maaf aku lupa kau gangster Langat... gangster pukul perempuan. Sabar dan hormat aku sudah habis sejak semalam... sampai mati aku ingat korang semua,” katanya. Sebelum ini Syafiq turut mendakwa Shila dan orang-orang terdekat dengannya pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka. Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan pada malam Rabu itu juga, Syafiq turut menunjukkan paparan skrin perbualan dirinya bersama pembantu peribadi Shila. Pada Isnin lalu, adik bongsu Shila iaitu Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya yang didakwa bakal dijual. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut. Jelas Shila, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka. Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut. Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. -CARI Sumber: Kosmo
|
Manusiabesa replied at 12-10-2023 09:50 AM
....naper ek. Femili ni mcm xdpt keberkatan.,? Porak peranda, penuh aura negativity ,asyik bedendam, ...
Manusiabesa replied at 12-10-2023 09:50 AM
....naper ek. Femili ni mcm xdpt keberkatan.,? Porak peranda, penuh aura negativity ,asyik bedendam, ...
laksmanabentan replied at 12-10-2023 09:53 AM
sbb tu ND lalat blaaa.... lega aku akhirnya.... hahahahhahahaa.....
iraizz replied at 12-10-2023 10:04 AM
Maybe salah satu sebab, bukan nak side pak lalat, tapi dengar kata mak lalat pun boleh tahan naik ...
Atata replied at 12-10-2023 09:57 AM
Banyak aniaya org kot. Mesti orang2 yg kena aniaya dorang ni sekarang rasa puas hati tengok kifara ...
laksmanabentan replied at 12-10-2023 10:08 AM
mak lalat tu tak tegas kot... lembik... hahhahahaha...
tapi kesian ler gak mak lalat tu... nak jag ...
Atata replied at 12-10-2023 09:57 AM
Banyak aniaya org kot. Mesti orang2 yg kena aniaya dorang ni sekarang rasa puas hati tengok kifara ...
Manusiabesa replied at 12-10-2023 09:50 AM
....naper ek. Femili ni mcm xdpt keberkatan.,? Porak peranda, penuh aura negativity ,asyik bedendam, ...
ADVERTISEMENT