CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lirik Lucah Perlu Kalau Nak Sampai Mesej Tapi Bukan Untuk Viral - Alyph

12-10-2023 09:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 761| Komen: 0

Sebelum ini, lagu Malampagi menerima kritikan apabila ada individu tampil mendakwa lirik dalam naskhah tersebut mengandungi unsur lucah.

Penyanyi rap, Alyph bagaimanapun mengatakan unsur-unsur tersebut diperlukan untuk memastikan mesej yang ingin disampaikan jelas kepada pendengar.



Namun, Alyph yang juga seorang penulis lirik dan komposer tidak bersetuju sekiranya unsur negatif digunakan hanya untuk meraih perhatian dan menganggap tindakan itu sebagai murahan.

"Kalau kita jujur nak sampaikan mesej tu dan ia memerlukan menggunakan benda-benda lucah ni saya rasa perlulah sebab kalau kita ubah benda itu, ia takkan rasa sama mungkin mesej takkan sampai.

"Melainkan kita guna lucah semata-mata untuk viral ataupun nak relevan, benda itu saya tak sokong, benda tu murahan. Sesiapa pun boleh buat macam tu.

"Kalau ada isi, kita terpaksa tabah dengan pendapat audiens. Ada yang faham, ada yang tak faham dan ada yang akan faham dengan masa. Itulah seni muzik, kalau tak ada perbincangan industri muzik takkan berkembang," katanya.


Malahan, kata Alyph, lagu Malampagi sebenarnya memberi gambaran realiti kehidupan sesetengah individu.

"Kalau tiada, tak ada orang pun akan dengar lagu Malampagi. Jadi, ia sangat dekat dengan sesetengah orang.
 
"Of course dari segi agama ia tidak sesuai dan kurang selesa tapi dari benda-benda ni dari segi muzik kita perlu tabah tengok apa akan jadi selepas ini," katanya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.024121 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top