CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ubai Dedah Shila Amzah Tak Pegang Duit, Kad Bank IC Sampai Usia 28 Tahun

11-10-2023 11:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6447| Komen: 33

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai mendedahkan hanya isterinya lebih mengetahui 'kesengsaraan' yang dilaluinya sepanjang 33 tahun hidup.

Pendedahan itu dibuat Ubai menerusi aplikasi X petang tadi apabila mendakwa Shila dikerah untuk bekerja seawal usia 10 tahun.



"Isteri saya bekerja seawal usia 10 tahun. Dia tidak pernah pegang duit, kad bank, termasuk kad pengenalan sendiri sehingga usia 28 tahun.

"Malah dia dikerah untuk bekerja dan setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan.

"Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, kerana keluarganya mendakwa itulah tugas seorang anak sulung dan, jangan jadi anak derhaka," katanya.

Menurut Ubai, isterinya mengalami penderaan mental dan fizikal pada perkahwinan pertamanya.

Shila dikatakan terpaksa menanggung bekas suami termasuk melangsaikan hutang keluarganya yang dianggarkan mencecah ratusan ribu.


"Dia berkahwin atas pilihan keluarga. Sepanjang tempoh tiga tahun perkahwinan dia mengalami trauma kerana terpaksa menanggung bekas suami.

"Dia memulakan hidup baru selepas bercerai, namun terpaksa menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Biarpun hutang berjaya dibayar tetapi dia masih menanggung keluarga sehingga ke hari ini secara bersendirian.

"Ramai yang cerca dan hina Shila. Hanya dia saja tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. 

"Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah," katanya.



Dalam pada itu, Ubai berkata, Shila cuba bangkit pada perkahwinan kedua, namun pelbagai dugaan terpaksa ditempuh.

Walaupun dia menganggap kehidupannya lebih mencabar selepas kehilangan ibu tercinta, tetapi ternyata isterinya lebih mengalami keperitan.

"Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya. Tapi masih tidak mudah untuk dia lalui.

"Walaupun dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat itu hanya sementara.

"Dia kehilangan ibu mertua dan adik iparnya. Seminggu sebelum bertunang, kehilangan adik ipar dan ibu mentua beberapa hari sebelum bernikah.

"Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dan penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Inilah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali," katanya.

Sebelum ini Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, dalam sesi siaran langsung di TikTok mengakui tindakan menjual rumah itu adalah pilihannya sendiri kerana mahu mencari kediaman lebih baik untuk keluarganya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 12-10-2023 12:04 AM
Mcm nk gelak pn ada, seisi keluarga lps sorg-sorg bg sepatah 2kata
Quote Purplehaz 12-10-2023 12:49 AM
Mak pak takkan berani bersuara dah ..diam jelah yg mampu
Quote matjerk 12-10-2023 12:54 AM
Mcm britney spears pulak
Quote potpetpotpet 12-10-2023 06:19 AM
Toxic gila family dia.
Yang tak faham, selalunya mata duitan ni kahwin kan anak dengan laki kaya2.
Tapi macam mana boleh kahwin kan dengan biawak pulak (ex lakinya)?
Quote Binodino 12-10-2023 07:01 AM
Xila, kau nak jual rumah tu kau jual je. And tak payah pun nak cari kediaman yang lebih baik untuk adik2 biawak kau tu. Kau tanggung mak kau je. Pedulikan la kalau mak kau main psikologi kata kesian kat adik2 kau ke apa. Adik2 kau tu bukannya budak kecik, dah berbulu merata badan dah. Adik2 kau tu bukan OKU, even OKU pun reti cari rezeki sendiri tak harapkan bantuan orang. So please, kau jual rumah tu lepas tu kalau kau nak cari rumah untuk mak kau, tolong jangan bagi 2 ekor cimpanzi tu duduk sekali dengan mak kau. Gituhhhh iols hasut xila di pagi hari
Quote msdummy.2018 12-10-2023 07:22 AM
Ada sesetnagh mak, depan ank a cakap ok, kat ank b spinning citer...aku rasa aku fhm jee why she ckp lantaklah, decide itu ini,kawin pun kena paksa...yg spill pasal isu kuarga ni pun bukan dr mulut dia kan
Quote eyansss 12-10-2023 07:30 AM
potpetpotpet: Toxic gila family dia.Yang tak faham, selalunya mata duitan ni kahwin kan anak dengan laki kaya2.Tapi macam mana boleh kahwin kan dengan biawak pulak  ...


under an impression yang deme sekeluarga kaya sebab duduk london…  padahal deme kat sana level pertengahan je…
Quote eyansss 12-10-2023 07:31 AM
msdummy.2018 replied at 12-10-2023 07:22 AM
Ada sesetnagh mak, depan ank a cakap ok, kat ank b spinning citer...aku rasa aku fhm jee why she ckp ...

betul...  ada je makpak camni...  pastu kena pulak makpak enabler untuk diorang sekeluarga kekah duit n harta anak yang satu tu...
Quote airmineral 12-10-2023 09:12 AM
kesiannya juga life dia ya
harap laki baru mirip liyana jasmay ni blh bagi bahagia dan freedom yang dia xdpt dulu la

toklalat diam xberkutik pulak ya sbb npk sgt sikap bapa xbertanggungjawabnya
Quote caprisonne 12-10-2023 09:27 AM
Kesian.. moga bahagia Shila n Ubai.. menjauh je la drpd org2 yg mendatangkan dosa je.. Kesian Seth jugak
Quote Paiya 12-10-2023 09:29 AM
patutlah Xila ni agak sedikit ting tong
sian dia

Ubai, ko jagalah isteri ko tu baik-baik yer
Quote MisXoXo 12-10-2023 09:37 AM
Ubai xyah bg statement lah.daripd hrtu nganjing2 xpernh di propose lah..apalah..lepas tu dah lahh...ada seth lagi..move on dah le
Quote Robitadotcom 12-10-2023 09:41 AM
potpetpotpet replied at 12-10-2023 06:19 AM
Toxic gila family dia.
Yang tak faham, selalunya mata duitan ni kahwin kan anak dengan laki kaya2.
T ...

awal awal deme kawen dulu dengar mcm ex laki dia tu keje bank kt london. tp muka masih busuk time tu kepam jeee nengok. skali lahhh bewakkkkk jugaaa.
Quote orkid_amani 12-10-2023 09:49 AM
Pak dia terus lepas tangan yaa lepas ni nikah baru.. unnntooong sgt.
Quote A-Are 12-10-2023 09:57 AM
airmineral replied at 12-10-2023 09:12 AM
kesiannya juga life dia ya
harap laki baru mirip liyana jasmay ni blh bagi bahagia dan freedom yang  ...

nak tersembur tgh minum dengar ayat laki baru rupa liyana jasmey aku xpercaya cinta ni
Quote mizruncing 12-10-2023 10:17 AM
kesian giler shila ni. ni baru betul mental illness. tp respect la takde sampai nak bukak tudung.. tp ingatkan ex husb dia orka. tak sangka biawak gak rupanya. ptt laa dia try hard nk masuk itu ini n patut laa dia sedih giler masa mak ubai meninggal. maybe mak ubai byk dengar masalah dia sblm ni. ptt la dia puji mak ubai ari tu
Quote kepompong 12-10-2023 10:26 AM
Baik ko diam ubai. ujung2 sila kata ko pulak batu api. Blood is thicker than water. kita niat nak kesian/tolong, tapi lain jadinya nanti. i dah kena dah

Harap ubai baca
Quote airmineral 12-10-2023 10:43 AM
A-Are replied at 12-10-2023 09:57 AM
nak tersembur tgh minum dengar ayat laki baru rupa liyana jasmey aku xpercaya cinta ni

masa drg kawen
iols npk rupa laki tu mcm liyana jasmay
ntah napa iols npk rupa gitu


tp kalau dia laki yg baik utk xila
ok jerrr hihi
janji xila bahagia


Quote A-Are 12-10-2023 10:46 AM
airmineral replied at 12-10-2023 10:43 AM
masa drg kawen
iols npk rupa laki tu mcm liyana jasmay
ntah napa iols npk rupa gitu

Kalau itu yang terbaik...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058515 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top