Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein mengesahkan keputusan untuk tarik diri sebagai pengacara All Star Gegar Vaganza adalah muktamad dan bukannya gimik. Katanya lagi, keputusan itu juga tiada kaitan dengan hal rumah tangganya atau sedang berbadan dua.
"Ini semua bukan gimik seperti yang Nabil Ahmad katakan. Ini keputusan muktamad yang sudah dibuat dan saya akan tinggalkan pentas Gegar Vaganza buat selama-lamanya. "Ini semua bukan salah Astro. Saya tidak akan bersama dengan Gegar Vaganza lagi. Ini semua keputusan saya sendiri. "Saya tidak mengandung. Hubungan dengan suami dan anak-anak pun baik-baik saja, Alhamdulillah," katanya dalam beberapa hantaran di Instagram Story, sebentar tadi. Menurut Elly, biarpun tidak lagi bersama dalam program itu dia akan tetap memberikan sokongan kepada kesemua peserta ASGV yang mengambil bahagian. "Teruskan menyokong kesayangan saya yang sedang bertanding dalam ASGV. Kepada bintang ASGV saya akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik.
"Terima kasih di atas kata-kata semangat dan kasih sayang. Insya Allah kita jumpa dalam program Astro nanti. "Hanya di Gegar Vaganza saja saya tiada. Saya sayang kalian semua," katanya. Terdahulu Astro mengumumkan Elly menarik diri daripada mengacarakan program itu atas faktor peribadi. Sumber: Harian Metro |
sayurmayur88 replied at 12-10-2023 07:35 AM
k lah, kak lina berundur secara terhormat.
tahun lepas masa dia duet pengacara ngn rina rose, ramai ...
ADVERTISEMENT