CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah ‘Meletup’ Sebab Dah Penat Pendam Perasaan

11-10-2023 08:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17825| Komen: 224

Penyanyi Shila Amzah mengakui sudah terlalu penat untuk berhadapan dengan segala dakwaan dan tohmahan tidak benar membabitkan dirinya.

Pemilik nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah, 33 berkata dia sudah letih berdepan segala kontroversi termasuklah yang terkini mengenai hasratnya menjual rumah yang didiami ibu dan adik-beradik lain.


Kata Shila, dia terpaksa meluahkan perasaan terbuku dihati selepas adik lelaki iaitu Amir Syafiq berterusan meletakkan kesalahan pada dirinya dan menganggap dia kakak sulung yang gagal menggalas tanggungjawab.


"Saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain.

"Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah.

"Saya dah terlalu penat nak hadap ni semua, tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam," katanya pada Rabu.


Shila meluahkan isi hatinya itu dalam satu siaran langsung di laman Instagram pada Rabu.

Bercakap mengenai keputusannya mahu menjual rumah didiami ibu dan adik-beradik lain, penyanyi ini berkata hasratnya itu telah dipersetujui oleh ibunya, Fauziah Sarman.

"Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah.

"Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya," ujarnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain di Instastory, Shila menepis dakwaan yang dibuat Syafiq mendakwa dia lebih mementingkan duit daripada keluarga.

Shila berkata kebenaran yang cuba didedahkan oleh Amir berhubung isu itu hanyalah rekaan dan kisah dongeng.

"Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?" soalnya.

Sebelum ini, isteri kepada personaliti media sosial Ubai ini menafikan yang dia menghalau ahli keluarga dari kediaman miliknya.

Shila berkata dia mahu menjual rumah tersebut dan mencari kediaman yang baharu untuk ibunya itu.

Isu ini menjadi hangat selepas adiknya iaitu Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagaikan haiwan jalanan.


Sumber: mStar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 11-10-2023 08:26 PM
Jual rumah tuu . Amik duit ko dan pulangkan yg selebihnyaa..
Quote manehnya 11-10-2023 08:30 PM
Things getting hotter
Quote ladybugz 11-10-2023 08:30 PM
misunderstanding ni biasa terjadi dlm family. cuma terpulang pada cara kita sama2 rungkaikannya.
Quote JahLupa 11-10-2023 08:36 PM
Parasit sgt adik adik dia. Berpaut sampai tua. Yihhh
Quote noor2 11-10-2023 08:55 PM
Bagi je rumah flat kat adik beradik ko tu biar depa tahu cari duit sendiri..kondo pun jgn apatah teres
Quote Nizleen86 11-10-2023 09:03 PM
Kadang mak ikut je taknak susahkan anak. Asal ada tempat berteduh dah. Yg byk bunyi selalu adik bradik la. Diorg yg demand lebih.
Quote laksmanabentan 11-10-2023 09:06 PM
dia da rumah kat Cyberjaya...
then bior jer la rumah tu... konon2 trauma segala... hahahhahaaha.......
Quote imransulaiman 11-10-2023 09:30 PM
Bawa mak tinggal dengan kau. Yang dua ekor tu ikut dorang lah macam mana nak urus kehidupan.
Quote hasniey 11-10-2023 09:52 PM
Jual pastu beli studio je utk mak tu.cari studio yg dekat dgn rumah ko shila.apa2 boleh dtg jenguk.adik2 tu lantak diorg la bukan budak2 lagi.yg sorg tu siap dh ada anak.
Quote kotakominami 11-10-2023 10:43 PM
Aku rase adik2 die dh bercsdang rumah tu untuk depa sebab tu suruh tukar nama mak dia....kalau maknye dah takde mesti bahagian laki dpt lebih....pastu diorang pon akan buat benda yg sama jual rumah tu dan ambik hasil tanpa kuor satu sen pon....itu yg memasing menggelupor
Quote Lampuled 11-10-2023 10:53 PM
Sian plak ke shila ni hidup dgn org toxic. Harap ubai ikhlas dan jujur dgn dia.
Quote newyork 11-10-2023 11:08 PM
Kalau dia bawa mak dia kompom kena angkut adik2 jugak..mak mana nak bg anak lain merempat..
Quote missHaidiD 11-10-2023 11:11 PM
Buritan replied at 11-10-2023 08:26 PM
Jual rumah tuu . Amik duit ko dan pulangkan yg selebihnyaa..

Pulang kt sapa. Pak lalat
Tersengih menyeringai bini baru nti
Quote missHaidiD 11-10-2023 11:13 PM
noor2 replied at 11-10-2023 08:55 PM
Bagi je rumah flat kat adik beradik ko tu biar depa tahu cari duit sendiri..kondo pun jgn apatah ter ...

Aku cYa kalau tukar nama kt mak dia tntu2 nti adik2 suruh mak dia jual pulak rumah tu

Lgpun rumah tu duit xila kan.
Quote doubleA 11-10-2023 11:15 PM
Iols tgk live xilalat ni kt youtube, masa dia cerita parent nak lodge police report kt kwn dia yg bawa dia keluar minum, suruh hantar balik rumah segera tu memang toxic gila parent control anak. Balik2 kena tampo dgn samseng taik kucing si sapik plak. Memang xilalat admit dia at lowest point masa break dgn nanas tu keluar video ombak rindu, benda tu gak mengubah diri dia utk tak nangis dpn org lagi. Makpaklalat ni sama je level toxic
Quote Kenangacempaka 11-10-2023 11:26 PM
Feel u shila..sedih idup camni..gitu la idup Kita ni shila..bakor diri utk org lain..haishh..berat jd anak sulung ni..kena puaskan ati semua org.bahagia Kita xde Sapa kesah pun..sedih..sama je la kita shila..haishh
Quote likilu 11-10-2023 11:28 PM
imransulaiman replied at 11-10-2023 09:30 PM
Bawa mak tinggal dengan kau. Yang dua ekor tu ikut dorang lah macam mana nak urus kehidupan.

Dia lebih kenal mak dia kot
Quote dua_chzy 11-10-2023 11:29 PM
Dari dulu aiols kesiankan Shahila.
Quote dua_chzy 11-10-2023 11:30 PM
Dah la rupa dia sorang ja menjadi berbanding adik beradik dia.

Stay strong. May Allah ease everything.

Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057906 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top