Pelakon, Raja Ilya tampil mempertahankan dirinya selepas teruk dikecam gara-gara meninggalkan komen di Instagram Aktres dari Israel, Gal Gadot. Tindakannya hanya menulis ‘Stay Safe” kepada pemegang watak Wonder Woman itu secara tak langsung membuatkan netizen Malaysia kurang senang.
Apatah lagi Gal Gadot menunjukkan sokongan terhadap Israel yang menjadi musuh umat Islam dari dulu lagi. Dalam satu muatnaik yang dikongsikan oleh Ilya di Instagram, Ilya akui sangat terkejut setelah mendapat tahu dari rakan wartawan yang ramai menuduhnya menyokong musuh (Israel) sendiri. Walaubagaimanapun, Ilya telah memadam video penjelasan penuh mengenai tuduhan tersebut dan meminta maaf kepada mana-mana pihak yang terguris. “Baiklah, blank kejap tak tahu nak buat apa. Nak pergi solat kejap. Minta maaf untuk semua ini. Mungkin sebab masa ni tengah sensitif, tindakan saya di salah sangka.
"Jiwa Ilya tetap untuk orang Palestin dan doa Ilya untuk mereka tak pernah putus. Semua ini salah faham sebab terlebih keprihatinan," tulisnya. Sementara tu, Gal Gadot dikritik sekali gus membangkitkan kemarahan pengikutnya dalam Instagram apabila mengajak orang ramai supaya menyokong tentera Israel selepas tercetusnya peperangan antara rejim Zionis itu dengan Palestin. Gal Gadot mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap Israel telah menyebabkan pengikutnya menyelar tindakan tersebut. Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana dia seolah-olah tidak mempedulikan kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin sebelum ini. Sumber: Murai
|
Kentot_Wangi replied at 12-10-2023 05:25 AM
Gal gadot ex tentera zionis acik ilya oi. X silap ak pgkat sarjan lagi. Darah dia yg mengalir tu pn ...
lasagna replied at 12-10-2023 08:48 AM
haah dlu dia mmg serve isr*el defence forces (idf) 2 taon,
masa tu dia kecik lg mcm 18 taon gitu ...
ADVERTISEMENT