Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mendedahkan dia tidak menyukai membeli barangan jenama mewah selain menganggap ia satu pembaziran. Sebaliknya, isteri kepada Farid Kamil itu lebih gemar menghabiskan wang untuk pembelajaran anak-anak mahu pun bercuti.
Katanya menerusi siarang langsung di platform TikTok, dia tidak dibesarkan dalam keluarga yang menggunakan barang mewah. "Saya tak dibesarkan dalam keluarga yang menggunakan barang-barang mewah. Ibu saya bukan seorang yang feminin dan dia bukan seorang yang pakai barangan mewah. "Saya sangat simple, percata tak koleksi beg tangan saya tak banyak. Buat masa sekarang, saya tak boleh beli barang mahal. "Saya boleh berbelanja untuk bercuti, pembelajaran anak-anak, saya sanggup mereka pergi sekolah yang terbaik tak kisah sekiranya yuran kena bayar mahal, berbelanja untuk rumah yang mahal dan selesa.
Dalam pada itu, Diana turut mengakui suka membeli emas namun bukan yang berbentuk barang kemas tetapi pelaburan. Bagaimanapun, dia akui segelintir orang membeli barang mahal itu adalah kepuasan bagi mereka selepas penat bekerja. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT