Nabil Ahmad benar-benar terkejut dengan tindakan Elly Mazlein yang mengumumkan tidak lagi terlibat mengendalikan program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV). "Saya tahu cerita ini pun dekat portal berita. Saya masih belum dimaklumkan mengenai pengunduran diri Elly
"Selalunya hari Sabtu baru kami akan dapat tahu apa-apa sebarang berita. Ia agak memeranjatkan saya," katanya kepada mStar pada Rabu. Dalam pada itu, Nabil mengakui dirinya berada dalam keadaan keliru sama ada berita tersebut adalah benar ataupun sekadar gimik untuk program berkenaan. Ini kerana sebelum ini Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina pernah mengumumkan untuk mengundur diri namun masih beraksi di pentas berkenaan dengan watak berbeza. "Saya pun masih keliru dengan berita ini. Saya masih belum tahu kebenaran cerita ini. "Entah-entah ini hanya gimik atau apa ke kan? Kadang-kadang ia boleh jadi gimik," ujarnya.
Sementara itu, Nabil berkata jika berita ini benar, dia semestinya akan merindui jenaka dan teletah bersahaja Elly. Malah, dia masih mengharapkan agar boleh sepentas bersama Elly dan Jihan Muse mengendalikan program berkenaan sehingga episod akhir. "Saya mestilah nak lagi berpasangan dengan dia (Kak Lina). Kalau berita ini betul, saya akan rindu gelagat-gelagat dia nanti," katanya. Terdahulu, Elly diumumkan tidak lagi terlibat untuk mengendalikan program ASGV. Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu Raqim Ahmad memberitahu Elly membuat keputusan mengundurkan diri atas sebab-sebab peribadi. -CARI Sumber: mStar
|
minahmanja replied at 11-10-2023 04:54 PM
Aku tgk last week dia hosting OK je. Tkde overshadow macam mggu pertama tu..
hanihan16 replied at 11-10-2023 05:34 PM
bukan dah sign kontrak? kalau tarik diri tak kena byr penalti or some sort? unless astro sendiri yg ...
ADVERTISEMENT