Oleh Izzah Abbasy
Kejadian yang berlaku pada 23 November 2015, Isnin di dalam ERL baru-baru ini, betul-betul berkaitrapat sikap individu kini yang lebih mementingkan diri sendiri sehingga hilang rasa hormat-menghormati. Tak payah nak tunding jari pada sesiapa, kadang-kadang diri kita pun sama seperti itu. Jika menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, teksi, komuter dan lain-lain kalau tak berebut memang tak sah. Berebut ini pun dah dikira sikap mementingkan diri sendiri tau.
Tetapi, bagi lelaki atau seorang pemuda ini, kisahnya kini telah menjadi viral apabila Man Ahmad daripada akaun Facebooknya memuatnaik gambar pemuda yang memperlihatkan tiada rasa hormat setelah ditegur. Man Ahmad telah menegur lelaki yang meletakkan kakinya di atas kerusi kosong di hadapannya namun dia telah boleh menjawab, "mind your own business, u can do nothing". Jawapan yang diberikan sangatlah kurang ajar dan langsung tiada masalah baginya.
Jika tiada sesiapa di sekelilingnya, ia dianggap tidak mengapa, namun jika dah terang-terang ada orang lain, ia tidak sepatutnya berlaku. Nak kata ERL itu milik lelaki tersebut, rasanya ia milik orang awam. Jadi, seharusnya dia bersikap rendah diri dengan teguran yang baik untuknya. Bukanlah membalas seperti tidak bersalah. Inilah yang dikatakan apabila merasa diri sangat bagus, sehingga hilang rasa hormat terhadap orang lain. Untuk pengguna perkhidmatan awam, sama-samalah kita menjaga etika ketika menggunakan perkhidmatan awam. Jika kita saling menjaga antara satu sama lain dan menghormati hak orang lain, pasti tiada perkara yang negatif akan berlaku. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT