CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Menyanyi Dengan 'Anak Ikan' Yang Handsome," Aishah Bangga Dapat Berduet Dengan Vince

11-10-2023 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4281| Komen: 15

Datuk Aishah tampil membuat penjelasan susulan menyuarakan kemusykilan dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Katanya dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila digandingkan dengan penyanyi Vince Chong yang juga merupakan juara Akademi Fantasia (AF) musim pertama.


Foto: IG

"Saya nak jelaskan tentang hal ini dulu. Saya sangat bangga dapat berduet dengan Vince. Saya kenal dia sejak dari menang AF lagi.

"Dia bukan pilihan pertama saya kerana mula-mula saya mencari artis yang lebih kurang sebaya dengan saya... nak menyanyi lagu cinta pula.

"Tapi mereka tidak available... jadi kita menyanyi dengan 'anak ikan' yang handsome. Chill la korang (netizen)," katanya di IG.


Dalam pada itu, Aishah memberitahu kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini disalah erti apabila segelintir netizen menyifatkan dirinya dengki kerana tidak mendapat rakan duet yang mempunyai nama besar dalam industri.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu menyelar tindakan netizen yang hanya membaca tajuk berita di portal media tanpa mengetahui apa yang sebenarnya ingin disampaikan.


"Saya rasa orang sekarang tak suka membaca... ada yang baca headlines saja. Saya hanya bertanya bagaimana penghakiman rakan duet yang akan dibuat.

"Ada yang akan menyanyi lagu sendiri, ada yang menyanyi dengan abang sendiri... jadi sudah tentu ada sedikit kelebihan.

"Saya ada hak untuk bertanya... korang (netizen) terus membuat kesimpulan mengatakan saya dengki tidak dapat nama-nama besar (rakan duet)," ujarnya.

Aishah dan Vince bakal menyampaikan lagu berjudul Terlanjur Cinta pada minggu keempat ASGV pada Ahad ini.


Sementara itu, Aishah menjelaskan mendapat rakan duet yang mempunyai nama besar dalam industri nyanyian juga mempunyai risiko besar yang harus ditanggung.

Penyanyi itu bagaimanapun mengambil perkara ini dengan positif dan meminta peminat untuk menikmati konsert yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

"Keduanya, kadang-kadang nama lebih besar di sebelah kita juga ada risikonya. Jadi rileks, kita enjoy konsert nanti... jangan nak tambah dosa mengata," katanya.


Sebelum ini, Aishah memberitahu pemilihan penyanyi jemputan bagi pertandingan minggu keempat ASGV dalam kalangan rakan atau keluarga peserta membuatkan dia berasa ragu dengan sistem permakahan yang bakal dibuat nanti.

Ini termasuk kaedah barisan juri profesional menilai persembahan penyanyi jemputan memandangkan mereka turut dinilai.

Menurut Aishah, ia seakan tidak adil apabila hubungan yang telah lama terbina memudahkan peserta dan pasangan duetnya mencapai keserasian bersama semasa di atas pentas. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 11-10-2023 09:38 AM
kemain tokcah. teringat dress sheoll masa still gundu n baru join GV, ,marhaen sungguh..she kurus yg nampak xsihat lah.
Quote missHaidiD 11-10-2023 09:44 AM
Hari2 berbunyi la org tua ni. Bosan
Quote prince_marhaen 11-10-2023 09:45 AM
tak penat ke asyik merempan je...lagi-lagi masih dalam pertandingan
Quote bambimo 11-10-2023 09:47 AM
Tp kan.. vince dulu masa AF1 sejenis hardworking juga..dia even masa tu tak fasih sgt BM dia..tp dia tak main2 dlm AF... betul2 buat homework every week punya task..kalo boleh deliver well mmg bonus points tau pd akak tau..all the best kak...
Quote cikatilia 11-10-2023 09:49 AM
vince tu bukan anak ikan makcik
tu dah level bapak ikan...
Quote lanse 11-10-2023 09:59 AM
Lain betul rupa dia sejak kurus nih.
Quote cicicumel 11-10-2023 10:02 AM
Yg puji suara dia sedap tu i x faham tu ikhlas ke sarcastic?
Quote Suchi 11-10-2023 10:32 AM
Dah2 la baik pokus je ngn pertandingan tu kalau tak puas hati pi laa tanya terus ngn pihak astrok.
Dia sendiri pun tak dapat berduet ngn pilihan pertama dia sbb tak available so anggapla peserta lain pun sama juga
Maybe ada yg nak berduet ngn Adele tp sibuk plak aritu so ada ziana zain je yg free

Quote Kurex 11-10-2023 10:43 AM
Vince dah buang kulup ke? Heols memang helokk
Quote kaseh80 11-10-2023 10:44 AM
Sejak dah kurus ni nampak haggard ngat
Quote A-Are 11-10-2023 10:48 AM
terbalik ni, patutunya vince yg bangga dapat nyanyi dgn aishah....begitula downgrade nya rasa bila legend masuk reality show dan asek kena komen dgn  judges...
Quote KamikuP 11-10-2023 10:48 AM
I sapot nek aishah hokey.. persetankan netizen dan acik2 kat forum ni punya komen.. loveee
Quote stingergrumpy 11-10-2023 10:48 AM
missHaidiD replied at 11-10-2023 09:44 AM
Hari2 berbunyi la org tua ni. Bosan

Selagi pertandingan still on going dan dia masih dlm pertandingan ok ler yg dia bersuara.....lain ler kalo dia dah tersimgkir tapi masih bedengung seharian..

Ko iteww yg bengap..  

Quote sayurmayur88 11-10-2023 11:58 AM
sikit2 brbunyi okaylah, klu dah hari2...ermmmmmmm
Quote selipar_hijau 11-10-2023 12:19 PM
mesti dia frust x puas hati dapat vince je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052113 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top