Sebelum ini, pelakon, Sophia Albarakbah memaklumkan kehadirannya ke konsert All Star Gegar Vaganza adalah sekadar untuk memberikan sokongan kepada sepupunya, Aisha Retno. Kata Sophia lagi, dia tidak menonton konsert tersebut sehingga selesai kerana perlu menemani Aisha pada jam 11 malam untuk siaran YouTube.
Bagaimanapun, Bella Astillah menerusi Instastory mendakwa pelakon itu menipu ketika menjawab soalan wartawan berhubung kehadirannya ke program ASGV. Kata Bella lagi, nama Sophia tidak ada dalam senarai tetamu dan aktres berkenaan bergegas keluar selepas menonton persembahan Aliff Aziz. "Ya Allah, masih nak menipu stay lepas persembahan Liza Hanim. Seriuslah dia ni. Sudahlah nama tak ada dalam senarai tetamu. "Selepas Aliff menyanyi, dia terus gerak balik. Sudahlah duduk depan wartawan, lepas tu nak menipu lagi. "Tapi tak hairanlah. Dia ni dah biasa menipu dan putar belit," katanya.
|
ADVERTISEMENT