Oleh : TS LOO Bagi mereka yang tiada rumah untuk diduduki, kalau ada satu tempat bukan sahaja boleh dihuni, malah ada semua kemudahan yang percuma seperti elektrik, air, kemudahan hawa dingin, tambah lagi boleh melayari internet secara WIFi, alangkah bagusnya, bukan?
Di Singapura terdapat sepasang kekasih meninggalkan rumah akibat timbul perselisihan faham dengan ahli keluarga, berikutan tiada sebarang penggantungan, maka memilih lapanagan terbang Antarabangsa Changi sebagai rumah untuk didiami. waktu siang merayau di sekitar lapangan terbang, sebelah waktu malam pula meletak tikar di lantai dan tidur. Media tempatan Singapura melaporkan, pasangan kekasih tersebut merupakan Encik Shu dan Cik Ho. Mereka bereka bersama adik lelaki cik Ho telah menggangap lapangan terbang sebagai tempat tinggal dalam tempoh selama 7 bulan.
Menurut Cik Ho, setelah bergaduh dengan ibu bapa, mereka membawa bersama adiknya yang berpenyakit kerancatan akal meninggalkan rumah ibu bapa. Pada mulanya kami menumpang di rumah seorang kawan selama 2 minggu, tetapi telah pun diminta keluar dari rumah oleh kawan. Manakala bagi teman lelakinya Encik Shu, pula mengatakan dirinya seorang anak yatim, turut tiada tempat penggantungan, jadi barulah mereka mengambil keputusan menetap di lapangan terbang. Bagaimana pun, mereka beranggapan persekitaran di lapangan terbang sebenarnya bagus, bukan sahaja ada elektrik, malah ada juga internet yang percuma. Tetapi bagi Cik Ho, susulan tiada kediaman, oleh itu kebanyakan majikan enggan mengambil mereka untuk bekerja. Kadang-kadang Encik Shu, akan memperolehi kerja yang tidak tetap, seperti bekerja secara sambilan di sebuah syarikat pemakanan yang berdekatan, setiap bulan boleh mendapat kira-kira 500 Sing Dollars atau lebih kurang RM1510. Mereka bertiga bergantung pada pendapatan berjumlah 500 Sing Dollars ini untuk membeli makanan, rokok dan menambah nilai panggilan telefon bimbit. Apa boleh dilakukan di lapangan terbang setiap hari? Jawapan mereka adalah : " makan nasi, merokok, mencaj telefon bimbit." Apa yang berlaku ke atas mereka itu, adakah disebabkan mereka terpaksa atau itulah pilihan mereka? Setelah laporan disiarkan, ianya menimbulkan perbincangan yang cukup hnagat, ada yang mengatakan tinggal di lapangan terbang memang mewah. Perlu ke tak menganjurkan satu rombongan untuk menetap di lapangan terbang? Ada pula netizen yang mengkritik inilah gejala tidak sihat yang menunujukkan golongan muda masa kini yang bersikap malas. Antara kata-kata netizen yang lain : - " Teringin sangat nak cuba, ada sesiapa yang mahu menyertai? Rombongan satu hari tiga malam. - " Malas nak bekerja, cakap lah, bagi tahu tak dapat cari kerja konon, mudah pula rakyat Malaysia dapat cari kerja yang berpendapatan lumayan, apa tak lagi warga Singapura?" - " Bolehkah ini dianggap gelandangan tahap mewah?" - " Macam ini lambat laun mungkin akan penuh diduduki orang?" - " Ini pastinya adalah cinta sejati." -" Saya rasa nak sewa rumah kepada orang dan tinggal di sana" - " Selama ini, saya ingat pakaian, makan, tempat tinggal dan pengangkutan adalah paling penting. Rupa-rupanya sudah bertukar menjadi " makan nasi, merokok dan menambah nilai telefon bimbit." Situasi menetap di lapangan terbang seakan adegan dalam filem? sumber foto : google image Pada 2004, filem [The Terminal] arahan Steven speilberg yang mengisahkan watak utama akibat menghadapi sesuatu hal terpaksa menetap di lapangan terbang, akhirnya walaupun dia terpaksa tinggal di lapangan terbang selama 9 bulan, tetapi berkesempatan bercinta dengan watak heroin .... plot ceritanya penuh dramatik sehingga memberi kesan yang mendalam kepada penonton terhadap lapangan terbang.- CARI Infonet |
32
Bagus |
24
Marah |
18
Terkejut |
28
Sedih |
11
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pittjie replied at 25-11-2015 07:38 AM
thread dah ada dah cik TTK. siap dgn gegambar couple tu lagik tauuu. bukan setakat gambar hiasan cen ...
Modngengade replied at 25-11-2015 03:48 PM
sis...wartawan tu.....hehehe
pittjie replied at 25-11-2015 07:51 AM
brapa gaji wartawan cari ni sis? mcm makan gaji buta je. buat keja tak buat homework dulu.
Modngengade replied at 25-11-2015 03:52 PM
entahlah sis....tapi mmg sendu la tered yg mereka buka....kakak lebih cenderung buka tered kaka gh ...
pittjie replied at 25-11-2015 07:57 AM
boss cari harus bagi gaji kat kaka @GhostWalking kan.
Modngengade replied at 25-11-2015 04:01 PM
amboi...kembang kuncup lah kaka ghost...siriyesly kakak suka tajuk tered beliyau
ADVERTISEMENT