CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Musykil Dengan Pemilihan Artis Jemputan ASGV, "Kenalan Dan Ahli Keluarga Jadi Rakan Duet"

10-10-2023 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10012| Komen: 134

Bakal berlangsung Ahad ini, Datuk Aishah musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Katanya pemilihan penyanyi jemputan dalam kalangan rakan atau keluarga peserta membuatkan dia berasa ragu dengan sistem pemarkahan yang bakal dibuat nanti.


Ini termasuk kaedah barisan juri profesional menilai persembahan penyanyi jemputan memandangkan mereka turut dinilai.

Foto: IG

“Bila dilihat senarai artis duet ini ada menyanyikan lagu mereka sendiri dengan peserta, ada pula berduet dengan ahli keluarga.

“Yang lain biasalah, dengan pasangan duet sama ada jarang jumpa, mungkin ada tak pernah bertemu. Setahu saya pasangan duet juga akan dihakimi.

“Jadi bagaimana kalau nak bandingkan dengan pasangan duet yang baru atau sudah lama tak jumpa menyanyikan lagu mereka hafal dan kaji... Kalau dibandingkan dengan pasangan duet nyanyi lagu sendiri,” katanya.




Ia seakan tidak adil apabila hubungan yang telah lama terbina memudahkan peserta dan pasangan duetnya mencapai keserasian bersama semasa di atas pentas.

Bagaimanapun, Aishah memaklumkan ia sekadar ingin bertanya mengenai perkara itu kerana rasa ingin tahu.



"Hubungan dan keserasian orang asing dengan keserasian ahli keluarga juga akan sangat berbeza.

"Jadi permarkahan bagaimana yang akan diberikan kepada pasangan duet yang kena belajar lagu dan mencari keserasian dalam waktu singkat.

"Berbanding dengan mereka yang empunya lagu dan yang dah kenal seumur hidup sekadar bertanya," luahnya.


Minggu keempat bakal menampilkan tema Berdua Bersatu ASGV yang memperlihatkan semua peserta membuat persembahan bersama artis kegemaran mereka.

Antara penyanyi jemputan yang bakal beraksi adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Liza Aziz, Misha Omar, Idayu, Marsha Milan, Ziana Zain dan Amir Masdi.

Aishah bakal berduet dengan Vince Chong menerusi lagu Terlanjur Cinta. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 10-10-2023 11:23 AM
betul2 nak menang nenek ni.
Quote missHaidiD 10-10-2023 11:23 AM
Hari2 acik ni berbunyi


Acik dah.jmpa lelaki kaya ke belum.utk dijadikan suami
Quote lea_kdo 10-10-2023 11:26 AM
aduhai..

entahla ada je yg x puas ati
Quote tokchik 10-10-2023 11:35 AM
tok chah ni kau orang rasa berjaya tak jejak kaki ke final?mcm akan hanyut di semi final ja.
Quote lea_kdo 10-10-2023 11:38 AM
tokchik replied at 10-10-2023 11:35 AM
tok chah ni kau orang rasa berjaya tak jejak kaki ke final?mcm akan hanyut di semi final ja.

semi? suku final pun x smp ni kot...

Quote ketupatnasi 10-10-2023 11:41 AM
tapi....tok cah ada point tau..
Quote Incanto 10-10-2023 11:50 AM
yg ahli keluarga si alep dgn ecah

sorang duduk sini, sorang dok Spore

alep pun kata ni first time derang duet




get over it lah Ecah….asteruk cant please everybody
Quote akuHavocczz 10-10-2023 11:54 AM
Iols setuju dengan dia. Ada yang dapat rakan duit penyanyi berbakat, ada dapat penyanyi bbnu, ada dapat penyanyi asal boleh. Indirectly rakan duit turut memainkan peranan dalam performance.
Quote kaseh80 10-10-2023 11:54 AM
Tok cah mencaprut Asterok pulak
Quote Burong_Hantuk 10-10-2023 12:04 PM
banyak bunyikkk la nenek kertu nih
Quote Prickford 10-10-2023 12:07 PM
Sheolls ni tiap2 minggu mmg kena mencapub ke? Tayah masuk la kalau kau sorg je yg nak betul.
Quote kisahkeaku 10-10-2023 12:08 PM
laa yg duet dgn ZZ tu selalu sgt ke buat show sama2??
kamonlah bila ko ckp adik beradik tu obv ko ckp pasal AA. ni dengki sbb AA kesayangan tokram dgn tok pinaz
Quote kitaserupaaa 10-10-2023 12:12 PM
Aku rasa penyanyi yg bagus pandai create chemistry & harmonize dgn rakan duet even though rakan duet nyanyi tak hebat mana. Tokti impromptu duet kat kenduri kawen pun sedap je nyanyian
Quote alesandra 10-10-2023 12:15 PM
ketupatnasi replied at 10-10-2023 11:41 AM
tapi....tok cah ada point tau..

Tapi dia merepek kata duet partner pun dihakimi.mende tahh .takkan itu pun x leh pikir.bila masa pulak artis jemputan bertanding.bila ada  sangkal komen dia ...dia sindir balik keje ngan astrok ke? dah ko hadap benda tu ..tanya la kemusyikilan tu kt org astro senyap2 belakang tabir.benda boleh gaduh ye dak??
Quote Sachacha 10-10-2023 12:16 PM
Ada yg benernya nekcah ni bebelkan.. tp nekcah kang banyak bunyi  sangat kena senggol pulak kang..
Quote cmt09 10-10-2023 12:18 PM
kitaserupaaa replied at 10-10-2023 12:12 PM
Aku rasa penyanyi yg bagus pandai create chemistry & harmonize dgn rakan duet even though rakan duet ...

Kami setuju pendapat ni - lagipon kalao dpt rakan duet yg superstar/very charismatic on stage ada kemungkinan besar juga akan overshadow peserta during performance. Jadi itulah cabaran utk peserta utk make it work tk kira rakan duet tu adik ke, kawan sekolah ke, atau A-lister.

Mcm da expected gitu this season Nek Cha akan sentiasa berbunyi di media dgn pendapat dan teguran beliau.
Quote alesandra 10-10-2023 12:20 PM
akuHavocczz replied at 10-10-2023 11:54 AM
Iols setuju dengan dia. Ada yang dapat rakan duit penyanyi berbakat, ada dapat penyanyi bbnu, ada da ...

Itulah cabaran nya.it can be tricky.rakan duet letup2  pun kalo overshadow peserta dah dikira gagal.duet seharusya harmonize bukan lawan jerit atau dibayangi.
Quote yatiehanny 10-10-2023 12:22 PM
nek cha the grumpy
Quote imanjannah 10-10-2023 12:22 PM
buat yg terbaik je lah acik Ecah..

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.048196 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top