CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Ajak Saya Solat Berjemaah, Padahal Baru Lepas Mengintai Orang,"- Pekin Belasah Kru Gatal

10-10-2023 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1134| Komen: 2

"Yang buat saya ‘panas’, bila kami sampai di inap desa, krew itu ajak saya solat berjemaah. Padahal baru lepas mengintai orang. Siap bentangkan sejadah lagi," kata Pekin Ibrahim berhubung kejadian dia membelasah seorang krew produksi yang didakwa mengintai pelakon wanita baharu, Sara Daewoo ketika menjalani penggambaran filem seram Cerana Biduk Bu Merah pada 2018.


Dia dihubungi Sara yang ketakutan selepas mengesyaki seorang lelaki mengintainya di inap desa ketika pelakon-pelakon lain sudah bergerak ke lokasi penggambaran.

Foto: IG

“Ketika itu, saya dan kawan dalam perjalanan ke set penggambaran, manakala Sara berada di inap desa wanita. Tiba-tiba dia telefon kawan saya dan mengadu ada seorang krew mengintai dan merakam menggunakan telefon bimbit.

“Kami pun terus patah balik ke sana. Tapi sampai sahaja ke lokasi itu, krew itu ajak solat. Saya minta untuk memeriksa telefon bimbit miliknya, dia beri alasan dan cuba memadam bukti.


“Saya yang tidak dapat menahan sabar, terus membelasah krew terbabit dan menghubungi pengarah, Haizul Anafer Ali. Sara buat laporan dan krew terbabit ditahan polis untuk siasatan,” katanya.


Dalam pada itu, Pekin yang pertama kali berhadapan situasi tersebut sepanjang lebih 20 tahun dalam industri seni kesal dengan kejadian tersebut ditambah pula sikap menunggang agama kru tersebut.

“Filem Cerana Biduk Bu Merah memang seram, tapi saya rasa kes ini lebih seram berbanding cerita yang kami lakonkan. Saya tak sangka berhadapan dengan perkara terbabit. Ini pengalaman pertama berhadapan kes gangguan seksual.

“Saya kesal kerana ada krew itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sudahlah dia melakukan perkara tidak bermoral, dia sempat ‘menunggang agama’ dan berpura-pura mengajak solat,” kata Pekin lagi.


Filem terbitan Goldhill Pictures yang menjalani penggambaran pada 2018 itu akhirnya bakal menemui penonton pada 12 Oktober ini.

Selain Pekin dan Sara, filem ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh dan ramai lagi.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 10-10-2023 04:14 PM
Pernah baca berita ni kat tik tok kot. Jarang jugak netizen nk puji artis tapi kat akaun tu byk jugak y puji Pekin ni. Ada yang cakap Pekin ni jaga kebajikan crew. Kalau mknn crew kurang memuaskan, dia marah pengarah then dia belanja crew makan. Ada komen yang lain cakap Pekin ni suka permudahkan urusan orang. Mmg baik sungguh lah orangnya.
Quote Dolmat 10-10-2023 04:17 PM
Edited by Dolmat at 10-10-2023 04:24 PM

Agak2 Pekin akan kena dakwa mcm Nenas tak nak court turun court sebab belasah orang?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.031002 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top