Meerqeen, 22, dikritik selepas memuat naik status berbaur sindirian di aplikasi X miliknya. Pelakon tersebut seakan menyindir individu yang berperwatakan munafik namun ditutupi oleh kesopanan mereka.
“Banyak orang munafik terbungkus dalam balutan kesopanan,” tulisnya. Meskipun tidak memetik nama mana-mana pihak, namun ramai pengikutnya yang tertanya-tanya mengenai hantaran tersebut. Di ruangan komen ada individu berkongsi tangkapan skrin ayat yang digunakan oleh Meerqeen itu dipercayai milik individu lain. “Tak habis ayat tu Mey (Meerqeen),” tulis individu berkenaan.
|
ADVERTISEMENT