CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DJ Lin Akui Hampa Gagal Pertahan Trofi Penyampai Radio Popular ABPBH

10-10-2023 07:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3188| Komen: 34

Penyampai radio, DJ Lin mengaku hampa apabila gagal mempertahankan trofi Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu. 

DJ Lin atau nama sebenar, Roslinda Abdul Majid, 48, berkata kelab peminatnya sudah melakukan yang terbaik, namun, rezeki tidak berpihak kepadanya pada malam itu.



"Bagi saya, untuk ABPBH 35, kelab peminat bersama penyokong di seluruh Malaysia termasuk di luar negara buat yang terbaik. Mereka melaksanakan tugas dengan baik untuk mengundi saya tanpa henti.

"Mereka kemas kini dan kongsi jumlah undian harian, semuanya saya saksikan sendiri. Apabila pada malam itu jawapannya tidak berpihak kepada saya, sejujurnya saya tidak nafikan rasa hampa mewakili peminat. 

"Apa yang mereka inginkan tidak tercapai. Tetapi saya cuba tenangkan mereka bahawa kita percaya kepada rezeki. Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Walaupun baik dan hebat serta bagus mana pun, jika Allah katakan bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kita," katanya ketika ditemui.



Bagaimanapun, DJ Lin menghargai usaha peminat, malah, menyifatkan kesetiaan mereka tidak boleh dijual beli. 

"Saya reda, ketentuan Allah itu sesuatu yang sudah ditetapkan. Tetapi saya tidak berdiam diri, saya menyaksikan sendiri betapa susah payah peminat saya bertungkus lumus mengundi.

"Itulah komitmen padu daripada peminat saya. Ia tidak boleh disangkal lagi kerana ia daripada peminat.

"Saya takkan berubah, apa yang berlaku pada malam itu buat saya sedar betapa setianya peminat kepada saya. Kesetiaan itulah yang tak terbanding dengan apa-apa pun. 

"Tidak boleh dibeli, tidak ada perbandingan dan pertaruhan. Melihat respons di Live TikTok, saya bertambah semangat… Lain macam," ujarnya. 

Di sebalik kekalahan itu, DJ Lin berkongsi pengikut media sosial semakin bertambah dan menetapkan pendirian untuk terus mengasihi peminat. 


"Saya sangat bersyukur termasuk di TikTok. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmah. Apa yang saya nampak, pengikut saya bertambah dalam kalangan orang yang tidak pernah saya berurusan dan tidak kenal.

"Saya anggap mungkin ini rezeki saya. Allah itu adil. Saya percaya hikmah itu. Saya tetap diri saya, bagaimana saya melayan peminat, orang tetap mahu bergambar, ramai yang tegur dan simpati atas kekalahan itu," katanya.

DJ Lin juga menyifatkan kekalahan itu mempunyai hikmah, malah, akan terus menghargai peminat walau apapun yang berlaku. 

ABPBH 35 menyaksikan Tyzo merampas dominasi rakan setugasnya, DJ Lin yang membolot kategori berkenaan pada ABPBH 29, 32, 33 dan 34.


Sumber: Xtra





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 10-10-2023 07:22 AM
Ahhhh basi laa hai. Baru skang nk menyalak ke tua ni
Quote cikperiukkera 10-10-2023 07:25 AM
Hadappp jugak yeak sheols dgn anugerah2 mcmni.
Quote September14 10-10-2023 07:28 AM
Bagi rara lak menang.. dia mcm x penah mnng je wlupun sllu jd host abp
Quote HelgaPataki 10-10-2023 07:33 AM
Mcm tak perlu kot buat statement ni, sbb yg menang pun Team Suria FM kan. Kenapa nak buat statement bitter mcm ni? Pastu dah la dia ni byk cuti je, org lain gantikan masa sesi dia
Quote newyork 10-10-2023 07:34 AM
Tibehhhh tibehhh
Quote kotakominami 10-10-2023 07:45 AM
Banyak cengkadak betui....
Quote babynina30 10-10-2023 08:01 AM
HelgaPataki: Mcm tak perlu kot buat stateme ...


Bang tyzo yg menang ke ?,
Quote babynina30 10-10-2023 08:02 AM
Selama ini sheols menang pon i sgttttt ragui sbb whoryus ? Suara monotone tak bes lansung yihhh. Tibe2 sheols menang dlu , i mcm aneh jua. Sapelah vote kau ni acik oiii?
Quote Burong_Hantuk 10-10-2023 08:03 AM
Semakkk la dgn acik sorg nih
Quote lasagna 10-10-2023 08:03 AM
hadap jugak.. asyik ko jer nk menang org lain lagi deserve kot.
Quote missHaidiD 10-10-2023 08:06 AM
Semak org tua ni
Quote Suchi 10-10-2023 08:09 AM
Aii takkan asik ko je nak menang sian la yg lain takde peluang

Semuanya bersifat sementara je kadang kita di atas kadang kita dibawah.
Quote HelgaPataki 10-10-2023 09:04 AM

Haah tyzo yg menang. Ni kalau dia baca statement dj lin ni kang mau sentap org tua tu hahaha.
Quote KamikuP 10-10-2023 09:06 AM
eh asyik ko je menang takkan sampai kiamat pon ko nak menang gak acik oii... apoooo
mujur tyzo yg menang.... mesti acik lin ni dengki kat tyzo khuenzz... ekekekeke
Quote sangbara2020 10-10-2023 09:07 AM
aku tertunggu jgk dia berbunyi
ingat redha jek sbb aorg bwh yg menang
so dia xpuas hati ke
Quote shernazz 10-10-2023 09:08 AM
Tolong kejutkan sheols dari mimpi yang indah
Quote ketupatnasi 10-10-2023 09:15 AM
baru 48 ke sis? mcm lama nau dah dengar sore dia yang mendayu2 dalam radio tuh.
ke DJ dedulu memang sama je pesen sejenis sore mendayu2?
Quote laksmanabentan 10-10-2023 10:03 AM
hahhahahaa... popular sgt ker acik nih...
kesian sgt dia... mengharap sgt dapat trofi lepas tu dapat la sikit duit...
sangkak sgt ker acik nih sampai kecewa bagai tu....
Quote ibu_haritz 10-10-2023 10:09 AM
Sikit pun dia tak ucap tahniah kt Tyzo dlm artikel tu..walhal team Suria gak..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057247 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top