CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ben Amir Nak Bakal Isteri Pandai Masak Terutama Ayam Masak Merah

9-10-2023 10:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1542| Komen: 17

Pelakon Ben Amir mendedahkan dia mengimpikan seorang wanita yang pandai memasak sebagai pasangan hidup.

Ben atau Muhammad Amiruddin Sabaruddin, 33, berkata, tidak hanya itu, bakal isterinya juga perlu pandai memasak ayam merah yang menjadi juadah kegemarannya.



"Kalau saya nak kahwin nanti, dia kena pandai masak ayam masak merah.

"Itulah kalau sedap, dia adalah satu-satunya (untuk dijadikan isteri)," katanya.

Ben berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program Studio Sembang yang dikendalikan pelakon Amelia Henderson di saluran YouTube.

Amelia dalam nada gurauan turut menambah Ben tidak kisah tentang kriteria lain asalkan bakal isterinya itu pandai memasak juadah tersebut.

"Tidak kisah dia jahat macam mana, kalau awak pandai masak ayam merah... Lulus!," ujarnya.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata peminat mengakui mereka pandai memasak hidangan tersebut.

Malah ada sempat bergurau lambat menonton temu bual berkenaan kerana sibuk di dapur memasak juadah itu.


"Maaf Ben lambat komen sebab tengah buat ayam masak merah.

"Awak jangan kata ayam masak merah, ayam masak warna-warni pun saya boleh buat untuk awak sayang," komen netizen.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 9-10-2023 11:01 PM
Sorry Ben, I reti masak Ayam Masak Hijau je. Merah tak minat.
Kambing Masak Biru meols pun not bad, kalau chuols nak rasa.
Quote Rogue98 9-10-2023 11:09 PM
Pencapaian pun takde ....memilih pulak
Quote Perawankota 10-10-2023 04:24 AM
Dia ni hensem masa rambut paras bahu tu jer.. yg lain aku rasa biasa2 jer.. jalan pon agak bersepah..
Quote missbigrockstar 10-10-2023 07:06 AM
Teringin kalau belajar dan masak sendiri lah Ben
Quote miss_perfect 10-10-2023 07:22 AM
Ben Amir ni kan "adik" Lisa Surihani? Kenapa macam berubah je muka dia? Macam kurang hensem dah.
Quote kotakominami 10-10-2023 07:46 AM
Lastnye dia carik anak orka punye...mcm mk.
Quote Suchi 10-10-2023 07:55 AM
Dah tu hari2 ke kena masak lauk ayam merah tu?
Quote jas7512 10-10-2023 07:58 AM
I blh masak ayam masak merah dan kekwn kata ayam maaak merah i sedap..lebih sedap dr kedai2 sbb i x guna sos..semua fresh ingredients tapi mustahil lah kan u nak kahwin dgn i sbb dah tua dan x ckp seksi..hehe..lg pun you sgt muda dan xde pencapaian sgt..kikiki
Quote tulip-rain 10-10-2023 08:05 AM
Dah lupa kewujudan dia ni.
Quote lasagna 10-10-2023 08:06 AM
iols rasa ramai ppuan kat msia ni pandai masak sambal ayam.
cer buat kelainan sket.. biasa sgt fav. ko ni ben.
Quote miss_strangers 10-10-2023 08:09 AM
So sesape nk jadi bini Ben kena ikut contoh bighah kazar ye...gi belajar masak kat umah member yg dah berlaki pukul 3 pagi
Quote Yume 10-10-2023 08:31 AM
Saya pandai masak ayam masak merah????
Tapi saya tak nak awak????. Saya nak Tengku Hasanal saja????
Quote sayurmayur88 10-10-2023 08:34 AM
iolls masak ayam merah sedap. k, bye
Quote Pak.dolla 10-10-2023 08:40 AM
aku suka masakan burung puyuh masak merah...
Quote acikbrown 10-10-2023 08:47 AM
jas7512 replied at 10-10-2023 07:58 AM
I blh masak ayam masak merah dan kekwn kata ayam maaak merah i sedap..lebih sedap dr kedai2 sbb i x  ...


Boleh le share resepi kat sini. Nanti ramai single women boleh try masak, buat video hantar kat Ben.

Acik pun boleh try masak, tapi bagi tok laki sendiri la rasa....
Quote sangbara2020 10-10-2023 09:12 AM
bosan la hai ayam msk merah
Quote cm_vungtau 10-10-2023 09:20 AM
Kawin dengan acik gerai ajelah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.178992 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top