Video lama penyanyi rap Jay Park yang dilihat mengutip coli milik peminat ketika mengadakan persembahan sekitar April lalu kembali tular di media sosial. Insiden yang berlaku di Hiphopplaya Festival itu didakwa kembali ditularkan apabila terdapat segelintir pihak tidak berpuas hati dengan sikap penyanyi asal Korea Selatan itu.
Menerusi video tersebut, Jay pada awalnya membuka baju dan mempamerkan tubuh sasanya ketika menyanyikan lagu Mommae. Teruja melihat tubuh Jay, peminat bertindak agresif dengan membuka baji serta seluar sebelum mencampakkan ke atas pentas. Bukan itu sahaja, penyanyi berkenaan turut bertindak mengambil beberapa coli terus daripada tangan peminat. Lebih mengejutkan, Jay turut bertindak menggantung coli yang dikutip ke bahagian lehernya. Bagaimanapun tindakan itu seakan tidak disenangi ramai terutama ibu bapa yang menganggap ia contoh tidak baik buat peminat yang masih bawah umur.
"Kita kena buat aduan. Malu kanak-kanak tengok. Dia beri contoh tak baik. "Perempuan gatal sahaja yang buat macam itu. Jay Park dah ada isteri. "Betul ke acara ini dekat negara kita (Korea Selatan), nampak macam di luar negara," antara komen netizen. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT