CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Datang Dari Kelapa Sawit, Pokok Getah,"-Alyah Nafi Kahwin Dengan Ramli MS Sebab Harta

9-10-2023 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4632| Komen: 41

Datin Alyah nafi dakwaan dirinya berkahwin dengan maestro terkenal tanah air, Ramlis MS disebabkan harta dan kekayaan yang dimiliki.

Katanya dia pernah menerima soalan daripada netizen yang mendakwa dirinya berkahwin dengan Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram disebabkan harta.


Tambahnya dia bukan datang dari keluarga yang susah dan akui mempunyai harta sendiri.

Foto: IG

"Ada yang kata saya kahwin dengan Tok Ram sebab kaya, tolong fikir-fikirkanlah. Sebab saya pun ada harta saya sendiri, saya bukanlah datang dari kelapa sawit, pokok getah, ada yang tag saya berkata begitu.

"Allah beri saya rezeki untuk saya sendiri. Suami saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya sebab memang jodoh Allah.



Alyah juga berpendapat mahalnya sebuah perkahwinan adalah terletak pada keharmonian dan ketenangan dalam rumah tangga.

"Dalam perkahwinan ini tiada siapa yang menang tiada siapa yang salah. Pada saya mahalnya sesebuah perkahwinan itu terletak pada keharmonian dan ketenangan. Itu yang susah nak dapat.



"Apa yang saya nak bawa dalam rumah tangga ini adalah amalan-amalan saya, sebab esok lusa tak tahu siapa yang pergi dulu (meninggal dunia), tak semestinya yang berusia itu pergi dulu.

"Saya juga pernah membuat kesilapan sebelum ini, kesilapan itu yang membuatkan saya belajar banyak perkara, tapi janganlah ulangi kesilapan itu berulang ulang kali."


Untuk info, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia. Hampir sedekad perkongsian hidup, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 9-10-2023 06:41 PM
dah lama kahwin still nak ulas pasal ni ke
Quote Incanto 9-10-2023 06:47 PM
apasal bnyk sgt citer psl kapel ni lately?

sebab GV ke?
Quote noor2 9-10-2023 06:50 PM
Berapa beza umur dia dgn tok ram ni
Quote kepompong 9-10-2023 07:06 PM
terigt dulu ada poromer leak gambor alya pakai short pants basuh kete kat depan rumah yg ada tokram, not sure rumah siapa , elok2 org lupa pasal perkahwinan rahsia dia terus i terigt . Depa tuduh alya sendiri yg leak sbb tokram taknak ngaku kihkihkihh... patot alya jawab no comment je kalau wartawan tanya. Ni wartawan sama ke yg tny tokcah pasal kawen ongkekaya
Quote sleepandream 9-10-2023 07:06 PM
orang sekarang ada kebun kelapa sawit berekar2 lagi kaya dari orang keje makan gaji 5k sebulan... tak silap tokram pun buat rumah banglo atas tanah pertanian khen...
Quote KelisaOren 9-10-2023 07:15 PM
Asal start gv je alyah menempel
Quote likilu 9-10-2023 07:18 PM
Apa produk alyah ni hari hari duk rumah tapi mekap sekati
Quote VespaSilbe 9-10-2023 09:12 PM
Sheols masak pakai msg.. tok ram masak tak pakai msg..
Quote Mizlyn 9-10-2023 09:21 PM
Asal GV je timbul la cite she ..
Quote chandrahusin 9-10-2023 09:24 PM
Why bother
Mengaku je lah mcm Anju
Bodoh la klu tak nak org kaya
Quote naina 10-10-2023 08:42 AM
Hello alyahhh orang ada kebun sawit la kaya..makan tak habis kalau tanah sawit tak terjual lagi ok. Skng yang paling mahal apa selain beras? Minyak masak kannnnnn.
Ko tu dah kawin orang kaya berkelas duduk diam2 jela layan laki tua ko tu
Quote little_sis 10-10-2023 08:54 AM
Ye.. dia sebut pasal kelapa sawit tu, bukan ke hasil sawit ni boleh tahan le gak.. iskkk
Quote HoneyManjer 10-10-2023 09:01 AM
hina sangat ke org duk estet tu sampai mcm tu perumpamaan ko...
tak kira la mana2 pun...tak selayaknya ko nak compare
dah mmg masa ko kawen dgn dia tu mesti ada terdetik yessss kayaaaaaaaaaaaaaaa
mcm org tatahu
Quote vanillaninja 10-10-2023 09:15 AM
Nampak jauh jugak age gap theyols. Lebih dari Siti and Dato' K ke?
Quote kaseh80 10-10-2023 09:17 AM
Next
Boring
Quote pauliza 10-10-2023 09:25 AM
vanillaninja replied at 10-10-2023 09:15 AM
Nampak jauh jugak age gap theyols. Lebih dari Siti and Dato' K ke?

Alyah tahun 1981,Tok Ram 1958 ,age gap 23 tahun.Tok ti & Datuk K kalo tak silap 20 tahun .
Quote kucingitam 10-10-2023 09:39 AM
biarlah dia nak kawin dgn sapa pon...tok ram pun duda masa tu, bukan menyondol ke hapa..
Quote Suchi 10-10-2023 09:41 AM
Edited by Suchi at 10-10-2023 09:43 AM
sleepandream replied at 9-10-2023 07:06 PM
orang sekarang ada kebun kelapa sawit berekar2 lagi kaya dari orang keje makan gaji 5k sebulan... ta ...


Hahhah entahnya
Weh kalau tibe felda bukak tanah rancangan baru percaya laa beratur org dr perlis hingga ke sabah nun berebut2 nak jagi peneroka felda.
Dapat tanah ladang 10 ekar, rumah lagi dgn laman yg luas depan belakang siap boleh muat umah sebiji lagi kalau nk buat dan mmg ade je yg buat umah lg satu kat belakang tu leh la anak duk situ.
Acik2 felda skrg tak keje pun upah org je kait sawit tu alyah oii tiap bulan duit masyuk ko jd bos je kot.
Nak buat keje lain pun takde hal, time pkp pun acik felda tak terkesan.
Quote kakJOYah 10-10-2023 09:43 AM
marah orang felda dengar kau cakap macam ni, tinyah
sana kebanyakan hidup senang dari yang di bandar

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.310057 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top