CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Boleh Jalan, Tak Boleh Tidur- Dayana Roza Hidap Anemia, Tulang Pelvis Renggang

9-10-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1788| Komen: 4

Dayana Roza memaklumkan kehamilan kali kedua lebih ‘seksa’ berbanding sewaktu mengandung anak sulung kerana berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.


Sarat hamil lima bulan berkata, dia mengalami masalah yang dipanggil symphysis pubis dysfunction pregnancy (SPD), iaitu keadaan yang menyebabkan tulang pelvisnya menjadi renggang.

Akibatnya, ida terpaksa menanggung rasa sakit pada pangkal paha sehingga sukar untuk dia berjalan dan tidur.


Foto: IG


“Kehamilan kali ini memang berbeza berbanding sewaktu mengandung anak pertama. Doktor sahkan saya mengalami masalah dipanggil SPD, iaitu tulang pelvis menjadi renggang sehingga membuatkan saya alami rasa sakit pada pangkal paha.

“Jadi saya berisiko tinggi jika bersalin secara normal. Pernah terjadi kes seorang ibu, tulang pelvisnya tercabut ketika bersalin normal,” katanya kepada Kosmo! Online.


Selain SPD, Dayana juga turut mengalami masalah anemia, iaitu kekurangan darah merah sehingga bacaannya darahnya menjadi terlalu rendah.

“Saya juga mengalami masalah anemia iaitu kekurangan darah merah. Bacaan darah saya sembilan berbanding bacaan normal iaitu 12.

“Jadi saya terpaksa disuntik dengan iron dan dimasukkan darah kerana kerap berasa hendak pitam,” jelasnya.



Walaupun berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan, pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Bukan Kristal itu tetap bersyukur, malah lebih gembira apabila bakal menimang cahaya mata lelaki.

“Alhamdulillah, anak kedua nanti saya akan menimang bayi lelaki. Sebenarnya saya sudah dapat rasa bakal dikurniakan bayi lelaki kerana mengalami gejala yang agak teruk berbanding kehamilan terdahulu.

“Untuk kehamilan kali ini, saya jadi ketagih minuman kopi. Hari-hari kena minum kopi tanpa gula. Lagi pahit, lagi sedap,” katanya.


Dalam pada itu, Dayana yang ditemui ketika majlis ‘gender reveal’ jantina bayi dalam kandungannya baru-baru ini turut memberitahu bakal memberi nama untuk anak keduanya bermula dengan pangkal huruf A.

“Untuk anak kedua ini, saya sendiri yang akan beri nama kepadanya. Bermula dengan pangkal huruf A. Namanya adalah gabungan nama moden dan klasik,” kata Dayana yang dijangka bersalin padsa awal Januari tahun hadapan.


Dayana mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang juga seorang ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin, 36, pada 25 Disember 2020 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Majlis yang berlangsung di Majid Negara itu hanya dihadiri sekitar 30 orang tetamu sahaja dalam kalangan keluarga terdekat dan teman rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.


Hasil perkahwinan tersebut, Dayana dikurniakan cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 9-10-2023 05:14 PM
badan dia nampak la kesan lepas tulang beralih tu..nampak besar skit
Quote nazzse 9-10-2023 06:11 PM
Comel anak dia..semangat betul
Quote Chah21 9-10-2023 06:34 PM
Bertabah la dayana oi.. i ank no 5 pon kena ni.. tp masa pregnant xtaw.. sakit x terkata..kebetulan ada tetamu rajin dtg tgok ank2.. mnambah kesakitan telinga la kena perli apa yg sakit nya nk bgun.. bkn bsar pon perut.. ermm ermmm ermmm
Quote Perawankota 10-10-2023 04:32 AM
Doktor tak cakap ke kalau ada anemia tak digalakkan minum kopi..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.033657 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top