Mimi Lana sedih membaca berita tentang kemelut peperangan antara pejuang Hamas dan Israel. Pelakon itu terus mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang berhadapan krisis peperangan.
“Hati saya sakit melihat semua berita yang lalu ‘timeline’ saya. Semoga Allah sentiasa bersama Palestin. “Semoga mereka terus kuat di sana. Amin,” katanya ringkas dalam aplikasi X. Angka korban rakyat Palestin kini meningkat sekurang-kurangnya 700 orang. Selain Mimi Lana, artis lain yang turut bersimpati dengan nasib penduduk Palestin ialah penyanyi dan ahli perniagaan, Heliza Helmi.
|
ADVERTISEMENT