Seorang kanak-kanak lima tahun melecur 30 peratus di badan akibat seterika panas yang diletakkan di perut dan belakang badannya. Tribun News melaporkan, kanak-kanak itu tinggal bersama ibu saudaranya selama beberapa bulan.
Ia berpunca apabila kanak-kanak itu makan buah rambutan lalu membuat sepah sehingga menyebabkan ibu saudaranya marah dan memukul kaki dengan sebatang penyapu. Perbuatan yang kejam itu diketahui oleh penduduk di situ dan mereka terus melaporkan kepada Polis Simalungun. Menurut Ketua Polis, Ronald Sipayung, kanak-kanak berusia lima tahun itu dibawa ke Hospital Angkatan Darat Pematangsiantar. "Kami segera membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan rapi yang diperlukannya." Tambahnya lagi, pihak polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan merampas bukti. Sementara itu, suspek cuba mempertahankan dirinya dengan menyatakan bahawa dia hanya mahu mendisiplinkan mangsa. -CARI
|
ADVERTISEMENT