Zarina Anjoulie baru-baru ini menghabiskan masa bersama berdua bersama kekasihnya tanpa ditemani anak-anak di sebuah pusat beli belah di ibu kota. “Thank you my fiancé bawak saya pi datang jalan2 makan n shopping, forever grateful,” tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan pasangan ini segera berkahwin. Malah, ada yang turut menitipkan pesanan bahawa pergaduhan yang berlaku membuat diri lebih mengenali sikap pasangan masing-masing. “Korang ni, Masa gaduh bukan main drama nya.” “Harap2 kali ni sampai ke pelaminan Insya-Allah sis.”
“Semoga yg baik2 aje selepas ni utk kalian berdua.” “Moga kekal bahagia. Gaduh2 ni kadang buat kite lebih knl pasangan kite. Dan tau part nak kita perbaiki.” “kawenn la cepat tak sabar nk tengok anju punye majlis.”
“Kalaulah berjodoh…Ada anak…mesti Muka mat Saleh..Mata sepet…ayooo…comeiii la bakal anak Tu nanti.” “Kahwin la cepat..bende baik buat ape tunggu lame2.. takot dikebas orang..
Terdahulu, Zarina pernah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul Elzey serta mengumumkan berita pertunangan mereka di media sosial pada 22 Januari lalu. Namun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu bertunang. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|