CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik EX5 Dari Skudai Ke Arau, 2 Minggu Sekali," Gerak Pukul 6 Petang Semalam, Sampai 8.28 Pagi Untuk Jenguk Anak, Isteri"

9-10-2023 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5462| Komen: 68

PETALING JAYA –  Demi berjumpa anak, isteri dan keluarga tercinta di kampung, seorang lelaki sanggup redah perjalanan sejauh lebih 800 kilometer (km) setiap dua minggu.

Perjalanan yang memakan masa lebih 12 jam itu hanya dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5.


Di Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Nik Nur Haikal memaklumkan dia bekerja di Skudai, Johor dan akan pulang ke kampung halamannya di Arau, Perlis setiap dua atau tiga minggu.

Foto: FB

“Alhamdulillah, selamat smpai Arau, rutin setiap dua atau tiga minggu, gambar ini diambil di Plaza Tol Duta.

“Gerak pukul 6 petang semalam, sampai 8.28 pagi. Jenguk anak, isteri, mak abah yang dirindui,” tulisnya.

Mengulas lanjut, lelaki itu memberitahu lebih tujuh tahun berulang alik menggunakan motosikal tersebut kerana dia dan isteri adalah pasangan jarak jauh (PJJ).

“PJJ selama 7 tahun, buat masa ini EX5 je mampu. Alhamdulillah, selamat berhujung minggu semua sahabat,” katanya.


Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mendoakan agar lelaki tersebut sentiasa selamat di jalan raya dan mendoakan agar dia dimurakan rezeki dan mendapat kenderaan yang lebih selesa untuk berulang alik.

“Semoga perjalanan pjj bro Nik Nur Haikal dipermudahkan tuhan. Semoga Allah merahmati tuan,”tulis Nazlan Azizi Abd Aziz.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Muzafar.

“Semoga anda dimurahkan rezeki untuk dapat kenderaan yang lagi selesa. Hanya doa saja yang mampu saya titipkan,”ujarnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 9-10-2023 03:02 PM
Semoga xjd ape² la yer.
Lebih afdol nek bas.
Kwn iols pjj 10 thn utara-selatan blk jumpa ank bini mcm ni la. Bezanya nek bas.
Ank² xmbesar dpn mata.
Tahun ke11 masing2 dpt transfer klang valley.
Quote pearl.silver 9-10-2023 03:06 PM
Why no take bas? Klu pjj maksudnya weekend je jumpa kn. Ko dah penat 1 mlm ride, smpi perlis ko tido satu hari. Ahad ptg dah ko nk gerak balik johor..
apa pun semoga dimudahkn urusan depa. At least suami ada effort nk balik jenguk ank bini. Tp tu la harap laki ni xde la tido kepenatan satu hari lps sampai perlis.
Quote Burong_Hantuk 9-10-2023 03:09 PM
aduh....x boleh ke naik jer bas???
Quote snowflakes 9-10-2023 03:13 PM
Naikla bas... boleh jugak tidur... cuma kena sabar je la
Quote adizero11 9-10-2023 03:17 PM
Aku malas berhusnuzon zmn skrg..benda boleh naik bas..brapa jer harga tiket..perlis tu besar mana jer kalau stakat stesen bas dekat kangar..oh, lupa..skrg zmn viral terus influencer terkonon pergi menderma demi secebis konten..moga ada influencer boleh bg abang ni moto baru..Y15?? 135LC?? hmmmmmmm
Quote nw111 9-10-2023 03:24 PM
Naik bas tambang brp...takkan x mampu kot..dr menggadai nyawa naik motor gitu
Keje apa dia ni..
Quote TabletSusu 9-10-2023 03:27 PM
aku pun x faham kenapa x naik bas.. kamis petang/mlm lps keja dah boleh naik bas.. dlm bas boleh rehat + tido. bas berenti kat rnr ko  boleh turun mkn. pastu sambung lg rehat + tido. smp arau boleh mintak isteri ko ambik.

bukan hanya kena jaga keselamatan.. silalah jaga kesihatan tu jgk. xkan benda mcmni pun x boleh pk
Quote helicornia 9-10-2023 03:28 PM
malas nak kesian
Quote salimrock 9-10-2023 03:29 PM
aku agak2 la kalo naik moto rm 5 dpt 2.5liter petrol jarak dlm 150km

so 1 liter = 60km

800km =  lebih kurang14 liter petrol 14 x 2.05 = rm28.70 atau lebih kurang rm 30 ar..

( save jugak ek )

cari online rm 90 sehala skudai ke kuala perlis..


save rm60 pergi , pergi balik save rm120 ...

apa2 pn aku rasa la kan, utk keselematan dan keselesaan..naik la bas...high risk tu pergi naik moto cup,

moto wear and tear lagi, tayar, minyak enjin, aku rasa ko pergi perlis, balik dah 1600 km, dah kene service myk hitam dlm rm50 ( takkan pakai myk enjin rm30 kot )

kalo congak2 mmg jimat juga ek naik moto ,

tp utk keselesaan, naik la bas... jgn la berkira sgt, naik bas kan boleh rilek2 tido..

Quote mizruncing 9-10-2023 03:35 PM
kalau aku la kan. aku akan pikir berbaloi ke tinggal anak/bini or anak/laki semata2 nak PJJ ni. aku tak rasa mamat ni gaji besar. klu gaji besar takkan la sanggup pakai ex5 ulang alik. nonsense kot. ok laa klu tak citer pasal duit. now pasal safety.. risiko kot kau ulang alik jauh2 dgn penat nak kejar keje, dgn mcm2 boleh jadi atas jalan tu. bini tak risau ke.. zaman nau ni stop laa buat benda yg memenatkan diri demi nak jadi terpaling.. naik la ktm ke, bus ke. sendiri yg memilih mcm tu jangan laa nak merungut buat ayat kesian
Quote mizruncing 9-10-2023 03:36 PM
salimrock replied at 9-10-2023 03:29 PM
aku agak2 la kalo naik moto rm 5 dpt 2.5liter petrol jarak dlm 150km

so 1 liter = 60km

yup aspek keselamatan tu penting. lagi kau dah ade tanggungjawab anak bini.. takkan laa tak pikir benda2 mcm ni. x paham aku manusia skrg semua nak trpaling content. pas tu kang ade laa ebit lew ke ape yg tolong
Quote nuralisa 9-10-2023 03:42 PM
viralkan lagi.. nnt ada lah yg bagi keta .. heheheh
Quote renko 9-10-2023 05:33 PM
7tahun PJJ ada ex5 je ke
ke dekat kampung ada rumah n kereta lain dah
kalau setakat ex5 selama 7tahun PJJ
baik kau benti jela kerja kt kampung
nonsen sangat hai
Quote salimrock 9-10-2023 06:24 PM
mizruncing replied at 9-10-2023 03:36 PM
yup aspek keselamatan tu penting. lagi kau dah ade tanggungjawab anak bini.. takkan laa tak pikir  ...

kalao aku jd ebit liew aku bg dia voucher ticket bas utk 6 bulan, bg dia rasa keselesaan naik bas
Quote anony-mous 9-10-2023 06:25 PM
Ni nk simpati la ni. Kot2 aisar n the gang bg kereta free. Mcm la xtau taktik. Pdhal naik bas lg sng
Quote anony-mous 9-10-2023 06:26 PM
renko replied at 9-10-2023 05:33 PM
7tahun PJJ ada ex5 je ke
ke dekat kampung ada rumah n kereta lain dah
kalau setakat ex5 selama 7tahu ...

Yih mmg xlogik la. Ni nk kereta free je sbb tu cerita naik motor. Dah tau sgt taktik tu
Quote renko 9-10-2023 06:31 PM
anony-mous replied at 9-10-2023 06:26 PM
Yih mmg xlogik la. Ni nk kereta free je sbb tu cerita naik motor. Dah tau sgt taktik tu

tah macam tak logik je cerita
suma nk simpati
ummah2 tiktok bole la
Quote Fly_over 9-10-2023 06:32 PM
mak ai ada rumah sewa kt skudai. ada pyewa ni dtg dr ganu gamble je xde prepare pape bawak baju je. xde rumah, xde kerja. sampai jb cari rumah sewa. dpt rmh mak ai. terus calling2 bini dtg johor pulak. pastu masuk kerja spore.
Quote noor2 9-10-2023 06:56 PM
X selamat weiiiii....kawan aku naik motor nk balik selatan..terlelap kejap ...eksiden teruk..pendarahan otak,leher patah tp x mati, bahu patah, kaki patah...sekarang proses pemulihan

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.221911 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top