CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Hilang Masa COD iPhone, Sebenarnya Lari Daripada Pemungut Hutang

9-10-2023 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5642| Komen: 68

KUALA LUMPUR – Bukan hilang masa COD iPhone, sebenarnya lelaki berkenaan melarikan diri daripada pemungut hutang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, malam tadi.




“Mangsa dalam keadaan selamat. Tiada apa-apa kejadian (seperti didakwa) berlaku ke atas penama tersebut.

“Mangsa melarikan diri atau menyembunyikan diri dari pemungut hutang,” katanya kepada Kosmo!

Semalam, Kosmo! melaporkan pihak polis sedang mengesan keberadaan mangsa dan juga tunangnya yang didakwa dilarikan ketika melakukan urus niaga telefon bimbit, baru-baru ini.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya sedang usaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

“Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan buka kertas siasatan,” ujarnya.


Terdahulu, seorang lelaki berusia 27 tahun dikatakan diselamatkan pemandu lori selepas dilaporkan hilang selama empat hari.

Lelaki tersebut dikatakan kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang selepas dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid telah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Pantai, IPD Brickfields, yang dibuat tunang lelaki itu.

Allaudeen dilaporkan berkata, kes itu kemudian dirujuk ke IPD Klang Selatan selepas mangsa dikesan kali terakhir bertemu pelanggannya di pusat beli-belah GM Klang. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 9-10-2023 02:36 PM
Huh.. tekaan acik forum jarang salah or lari jauh dr sasaran.
Quote epal21 9-10-2023 02:55 PM
Sebab tu lah iols malas nak amik port melainkan yg hilang tu org tua ada Alzheimer's atau pun kanak2.
Quote kemaruk 9-10-2023 02:57 PM
Teringat kata2 pensokong anwat kat forum ni dulu

"Kalau hutang ptptn pon anwar boleh hapuskan, tak mustahil hutang bank pon dia boleh lunaskan!"
Quote TeropongThaico 9-10-2023 03:05 PM
Patut tak berani call polis
Quote syamzana 9-10-2023 03:07 PM
uk alohhh...buang masa je laa
Quote I.K.A888990 9-10-2023 03:08 PM
haaaaa pulakkk
Quote seri_mawr 9-10-2023 03:15 PM
hareeeesah replied at 9-10-2023 02:36 PM
Huh.. tekaan acik forum jarang salah or lari jauh dr sasaran.

hahhaaha....kann.....

Quote adizero11 9-10-2023 03:19 PM
tunang dia dh boleh  fikir byk kali dulu sebelum kahwin..lari dr hutangg kot...
Quote KamikuP 9-10-2023 03:20 PM
Satu Malaysia terciduk ngan brader gundu nih.. hahahahahahahahahahaha
Quote eLiaD 9-10-2023 03:23 PM
penat acik porem berdoa last kne game kahkahkah


RiP
Quote helicornia 9-10-2023 03:33 PM
tegelak aku
Quote miznora 9-10-2023 03:43 PM
Ko berhutang apa sampai kena lari
Hutang ah long kah?
Cik tunang tolong batalkan majlis. Esok2 ko yg hidup dalam ketakutan
Quote A-Are 9-10-2023 03:45 PM
mcm-mcm perangai manusia sekarang
Quote Kurex 9-10-2023 03:45 PM
Acik2 porem kemain doa..iols siap kena kecam sebab iols tak caya dia kena culik. Acik2 porem ni tak belajar dari kes budak hilang dekat vila nabila & dijumpai dekat rumah gf ke? Tak belajar dari kes viral voice note katanya kena culik dekat klang siap call kakak angkat..rupanya komplot dgn bf cina dia. Mana ada orang dalam bahaya call kakak angkat / buat video call dgn tunang nak pulak call pompuan..apalah sgt kudrat deols. Deols alam call polis sebab polis boleh trace location. Paling tak pun call member jantan!
Iols punya spekuan jarangggggggg salah yach!
Quote sukacactus 9-10-2023 03:51 PM
KamikuP replied at 9-10-2023 03:20 PM
Satu Malaysia terciduk ngan brader gundu nih.. hahahahahahahahahahaha

Eh tlg skit, bukan satu malaysia ye
Kat thread dia hilang tu aku siap mention 'menanti plot twist' haaa...
Ramai lg yg komen kisah ni berbau ikan
Koser la aku nak doakan ntah sapa2
Awal2 dah npk hanyirnya
Quote BellaThePrinces 9-10-2023 03:55 PM
buat cik tunang.....sayangi masa depan anda..
Quote mejaputih 9-10-2023 04:09 PM
Sinetron ...
Quote renko 9-10-2023 04:13 PM
Padan muka babi2 yang acah sayu aritu sebab si gemok babi ni
Quote NazRysha 9-10-2023 04:14 PM
nasib baik tak sempat nak komen hahhaha

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071854 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top