Sophia Albarakbah yang hadir di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad mencuri tumpuan memandangkan Aliff Aziz turut bertanding dalam program berkenaan. Namun Aliff melihat kehadiran pelakon itu tidak menganggu persembahan di atas pentas.
Malah dia juga sedar sebagai artis yang sama-sama terlibat dalam bidang seni, mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana acara. "Ini ada program terbuka sesiapa pun boleh datang... Mungkin dia datang untuk menikmati persembahan dan sebagai peserta fokus saya hanya menyampaikan persembahan dengan baik. "Tak elok rasanya saya komen tentang kehadiran dia kerana nanti akan timbul spekulasi tidak betul. Tiada apa yang boleh saya katakan. "Kita berada dalam bidang yang sama, pusing-pusing akan jumpa orang sama juga. Siapa yang datang dan kenapa mereka datang bukanlah tugas saya untuk menjawab," katanya kepada mStar.
Berjaya berada di kedudukan lima teratas, penyanyi ini meluahkan rasa syukur selepas persembahannya dua minggu sebelum ini kurang memuaskan. "Sebenarnya agak tertekan untuk saya berada di kedudukan ini kerana ada perkara yang ingin saya buktikan kepada semua. "Minggu kedua menyaksikan dua rakan terkeluar dan ia memberi satu impak besar kepada saya. Ia bagaikan satu mesej yang cukup jelas untuk lakukan lebih baik," ujarnya.
|
irvene replied at 9-10-2023 12:01 PM
dah kena ramas kot. tu yg dia dtg. teringat ingat, terbuai buai
Suchi replied at 9-10-2023 12:09 PM
Katanya tak suka org tuduh dia penyodok tp dia selalu buat sesuatu yg mengundang tuk org bersangka2. ...
ira_229 replied at 9-10-2023 12:29 PM
dia datang bukan sebab nak promo drama baru ke?
Zeatyisaac replied at 9-10-2023 12:34 PM
Sejarah dah banyak membuktikan bahawa penyondol dimaafkan. So, apa nak kesah.
ADVERTISEMENT