Selepas suaminya iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada 1 Oktober lalu, gelaran ‘Datin Seri’ Noniswara menjadi pertikaian. Ini susualn kenyataan anak Sheikh Nordin yang mengatakan bapanya tak pernah bercerai dengan ibunya iaitu madu Noniswara.
Bagaiamnapaun Noniswara kata gelaran itu tidak penting asalkan dia dapat menjalani kehidupan bahagia bersama arwah suaminya. “Saya tak boleh jawab soalan ini, hanya Allah saja yang tahu, saya tahu… orang nak kata apa, apa la. Saya tahu di mana tempat saya berdiri. Bukan saya nak title, tak apa kalau orang panggil saya Nonis, bukan penting. “Yang penting saya bahagia bersama dia. Saya bukan nak hadap Datin ke Datin Seri. Tak apa, saya pergi mana-mana, saya bawa nama dia. Jadi orang panggil saya Datin Seri. Itu yang suami saya nak,” katanya seperti dipetik di Gempak.
“Saya pun tak kisah kalau bermadu pun apa salahnya. Orang kata madu itu manis. Saya terima kalau dari awal suami saya berterus terang dengan saya. “Tapi dia tak berterus-terang dengan saya, bukan saya tak nak ambil tahu, saya ini jenis orang yang lurus bendul. Sekarang ini bila benda dah jadi macam ini, saya terima. “Dia madu saya pun, tak pa bagi saya. Sebab arwah dah tak ada. Kami nak hidup aman damai. Kalau dia pun claim masih isteri, betul… saya pun akui,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Noniswara memberitahu dia hanya mengenali madunya iaitu Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain ketika arwah suami mereka sakit dan dirawat di sebuah pusat perubatan. “She is nice lady, saya mengenali dia pun masa arwah sakit, dia datang… masa hari kelapan, kesembilan. Dia duduk di Kuantan bersama anak-anak. Bila arwah sakit, dah duduk kat KL la. “Saya menghormati dia, dia orang yang baik. Masa kat hospital, kami baik saja bersalam-salaman. Walaupun dia anak tiri, darah daging suami saya, orang yang kita sayang… kenapa kita nak benci? “Diorang tetap anak saya, saya terima itu amanah suami saya. Walaupun diorang ada ibu, tak salah kan ada ibu kedua kan,” katanya. Terdahulu, Isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menegaskan ibu bapanya tidak pernah bercerai seperti yang didakwa serta meminta mereka di luar sana berdiam diri jika tidak tahu perkara sebenar. -CARI
|
FaFaz replied at 9-10-2023 12:13 PM
Kalau nama pelakon…in real or tv, tetap pandai berlakon.konon2 tak tahu bermadu pula mak cik ni. Ki ...
mrsdean replied at 9-10-2023 12:15 PM
Kalau ikut logik la kan . Tak kan la tak suspicious langsung ms anak tiri dia kawen. Kan dia tak d ...
mrsdean replied at 9-10-2023 03:58 AM
Kenapa acik non ni byk bunyik skrg. Tiap2 hari ade je cite dia. 1st wife tu senyap je...
FaFaz replied at 9-10-2023 12:13 PM
Kalau nama pelakon…in real or tv, tetap pandai berlakon.konon2 tak tahu bermadu pula mak cik ni. Ki ...
ADVERTISEMENT