CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Minyak Melonjak Selepas Hamas Serang Israel

9-10-2023 11:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 156| Komen: 1

Hong Kong: Harga minyak melonjak lebih daripada empat peratus hari ini selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada hujung minggu, mencetuskan kebimbangan terhadap kejutan bekalan daripada rantau yang kaya dengan minyak mentah itu.


Brent meningkat 4.7 peratus kepada AS$86.65 manakala West Texas Intermediate (WTI) menokok 4.5 peratus kepada AS$88.39 dalam dagangan awal di Asia.

Sumber: Reuters

Serangan mengejut itu dan pengisytiharan perang Israel sebagai tindak balas kepadanya menyebabkan lebih 1,000 terkorban dan menambah kebimbangan bahawa potensi konflik yang melebar akan menarik campur tangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

"Kunci kepada pasaran adalah sama ada konflik itu kekal dibendung atau merebak untuk membabitkan wilayah lain, terutamanya Arab Saudi," kata Brian Martin dan Daniel Hynes dari ANZ Group.

"Sekurang-kurangnya pada peringkat awal ini, pasaran dilihat akan menganggap situasi itu akan terhad dari segi skop, tempoh dan kesan kepada harga minyak. Namun, turun naik yang tinggi boleh dijangka."

Krisis itu berlaku ketika harga minyak telahpun meningkat disebabkan oleh masalah bekalan yang disebabkan oleh pemotongan ouput oleh Russia dan Arab Saudi, mencetuskan kebimbangan baharu terhadap inflasi global.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote gigahertz 9-10-2023 01:46 PM
kalau cecah USD 100 setong. get ready la semua
tahun lepas masa pengeluaran KWSP tu harga minyak USD 100

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.091914 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top