CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waspada Skim Penipuan Pelaburan 'Xfox Mix Biz', Guna Nama Syarikat Tiada Kaitan Pelaburan

9-10-2023 11:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1446| Komen: 4

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai berhati-hati dengan skim pelaburan 'XFox Mix Biz' yang dipercayai menggunakan nama syarikat yang tiada kaitan dengan pelaburan itu.

Perkara itu terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerima aduan seorang individu mendakwa nama dan logo syarikat itu digunakan pihak lain bagi mempromosikan skim pelaburan berkenaan.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pengadu menafikan pengetahuan mahupun pembabitan syarikatnya dengan skim pelaburan terbabit.


"Berdasarkan semakan kita, tiada sebarang laporan polis diterima dari mana-mana individu yang menjadi mangsa skim terbabit setakat ini.

"Sehubungan dengan itu, PDRM menggesa individu-individu yang sudah menyertai skim pelaburan 'XFox Mix Biz' segera tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, dalam usaha membendung kegiatan sindiket penipuan sebegini, masyarakat diingatkan tidak mudah terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.

"Orang ramai perlu sentiasa membuat semakan terperinci dengan agensi kerajaan yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan.

"Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan," katanya.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan membuat semakan menerusi senarai amaran pelabur yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 9-10-2023 11:38 AM
zaman internet ni ... benda boleh google sendiri pun nak kena polis bgtau. Isunya diri sendiri ada perasaan tamak... kalau takde perasaan tamak, tkde la nak menyibuk pk untung besar tanpa bersusah
Quote Suchi 9-10-2023 11:39 AM
Nih Xfox yg mana weh? Sbb ramai sedara mara join xfox ni padahal penah nampak org tanya kat page alif ahmad tu dia kata scam n riba.
Pastu dlm group scam n ponzi skim pun ada yg dedahkan pasal xfox ni dlm list BNM alert.
Iols tak berani nk bising pasal ni sbb sedara mara ramai join kang kena kecam kita ni balik.
Quote lasagna 9-10-2023 12:08 PM
haa baru dgr news kat radio dlm kete nk p keje pg tadi.. terus kuar kat forum.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035911 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top