Baru-baru ini ada yang tanya Nazim Othman sama ada dirinya adalah seorang kaum Nabi Luth ataupun ‘gay’. “Kau ni kaum Luth ke?,” soal netizen berkenaan dalam satu sesi Live. Tidak cepat melatah, Nazim dengan nada bersahaja dan sarkastik membidas pertanyaan yang dianggap kolot itu. Kata Nazim, dia mempersoalkan mengenai kepentingan ramai pihak untuk mengetahui tentang seksualitinya.
“Apa kepentingannya orang nak tahu aku punya seksualiti ni? Aku tak faham… apa faedahnya yang akan korang dapat? “Kalau ye kenapa? Nak try? Helok tak engkau nak try aku? Sibuk nak tahu seksualiti orang, kenapa? Kalau aku gay kenapa nak try? Lambert lagi.. “Pergi tengok muka dekat cermin dulu, sibuk nak tahu… kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni..,” tempelaknya.
Ada juga segelintir pihak yang mempertahankan Nazim serta menasihatinya untuk tidak mengendahkan persoalan remeh netizen itu. Sementara itu, tiada angin tiada ribut, ada pula individu yang meminta Nazim untuk bertaubat sehingga telah membuatkan selebriti ini hilang mood untuk membuat siaran langsung.
“Bertaubat? Uhmm, eh dah la aku penat la macam ni.. korang la yang terpaling malaikat, terpaling syurga.. Daripada aku layan soalan bangang ni lebih baik aku tidurlah,” katanya. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|