CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Sedih, Rumah Besar Tapi Isteri Dan Anak-Anak Tiada

9-10-2023 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7872| Komen: 63

Datuk Aaron Aziz mengakui hidupnya berasa sunyi tanpa isteri dan anak-anak di sisi.

Walau memiliki kemewahan dan harta benda, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata segalanya tiada erti jika dia tanpa keluarga.


Foto: IG

"Hari ini saya bangun rasa sedih. Hidup ini kalau tanpa keluarga dan anak-anak memang tiada apa-apa.

"Walaupun ada rumah, ada kereta ada harta, ada apa semua tapi kalau tiada keluarga dan anak, memang tiada makna," katanya di Instagram.



Dalam rakaman video itu, Aaron memberitahu dia seorang diri di rumah kerana isterinya Diana Halik dan anak, Dahlia Arissa pulang ke kampung halaman.

Manakala, anak pertamanya iaitu Danish Anaqi kini berada di kem tentera dan Dwi Ariani pula di kolej.



Dengan ekspresi wajah sedih, Aaron menunjukkan persekitaran rumahnya yang kosong dan memanggil nama ahli keluarganya namun tidak bersahut.

"Hari ini saya seorang dekat rumah. Diana dan Dahlia balik kampung. Dwi dekat kolej, Danish dekat kem tentera.


"Ini keadaan dekat rumah. Walaupun besar, namun ia sangat tidak bermakna tanpa keluarga," ujarnya.

Untuk rekod, Aaron telah mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 9-10-2023 09:57 AM
attention seeker...
Quote A-Are 9-10-2023 10:22 AM
Benarlah kata pepatah wang tidak dapat membeli kebahagian
Quote cikatilia 9-10-2023 10:25 AM
lenkali pi la sekali

mengada2 nya org tua ni
sepak kang
Quote shida81 9-10-2023 10:35 AM
Bang .. Jgn hujung2 tetiba ak dgr ko pasang lagi satu....
Quote anilanil 9-10-2023 10:38 AM
Boring dok umah, masakla acik haron. Buat kuetiaw goreng, ajak solident makan. Solident kan suka makan kat umah org...
Quote telracs 9-10-2023 10:41 AM
Ok je apa yang dia rasa ni.

Sesiapa yang pernah lalui keadaan ni boleh je faham...
Quote stingergrumpy 9-10-2023 11:12 AM
Dah bunga bunga hint hint nak tambah cawangan ler iteww?
Quote Hoola 9-10-2023 11:20 AM
baik2 nnti ada plak kaum hawa yg sudi menemani
Quote she 9-10-2023 11:27 AM
Dia memang tak dapat Green Card eh silap PR eh
Quote edoraixora 9-10-2023 11:36 AM
besar rumah dia, 4 tingkat eh
Quote VespaSilbe 9-10-2023 11:47 AM
Empty nest syndrome .. rumah kecik pun sunyi gak bang haron..  time kecik riuh sekampung..
Quote kepompong 9-10-2023 11:53 AM
she replied at 9-10-2023 11:27 AM
Dia memang tak dapat Green Card eh silap PR eh

sengaja je kan sebut2 GC ,  nak suruh acik porom terigtkan kuin kepam yg masih lagi tak dapat GC
Quote sayangselasih 9-10-2023 12:23 PM
papepon chuols hencap heols, meols tetap suka tengok heols dengan wife dia. hashtag dia kat binik dia menghiburkann.. meols doakan berbahagia sehingga ke jannah hubungan suami isteri ini..
Quote TomyamPuteh 9-10-2023 12:29 PM
Pindah dok rumah kecil. Jual kereta, Jalan kaki. Senang je nk setel problem hang ni Harun oiii.
Quote Burong_Hantuk 9-10-2023 12:37 PM
aku suggestkan dia ni satu fmly berambus balik ddk singapokkk
Quote kaseh80 9-10-2023 01:05 PM
Rumah besarrrr sgt ke???
Quote cantthinkofany 9-10-2023 01:12 PM
halllahh...hallllaaaaaaaahhhh...balik kpg je pun...

mesti rindu rumah flet kat singapura tu kannnnn....
Quote iolss 9-10-2023 01:31 PM
betul.. rmh besar2 pon, bila anak2 dah besar, hujung2 tinggal bedua laki bini jua. sunyi nya lagi2 klau bila salah sorang dah meninggal nnt. sume org akan melalui fasa yg sama.. adat resam kehidupan la tu Aaron. at least chuols muda lagi. byk ms lgi dgn anak2 insyaAllah klau pjg umor.
Quote makcun14 9-10-2023 02:17 PM
humble brag la pulak . heols nak bagitau rumah heols nan megah ko hade???
agak agak orang kaya sebenar ada ke yang macam ni. kalau setakat luahkan rindu kat family tak cukup agaknya

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087518 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top