CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azharina Tak Kisah Juri GV10 Kritik Persembahan

9-10-2023 09:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1893| Komen: 12

Menerusi konsert All Star Gegar Vaganza (ASGV) minggu ketiga yang berlangsung semalam, penyanyi Azharina Azhar menerima kritikan pedas daripada pihak juri mengenai persembahannya.

Pun begitu, penyanyi yang mesra disapa sebagai Nina itu tidak terasa hati malahan dia faham dan menghargai setiap komen yang diberikan ketiga-tiga juri dan berterima kasih atas pandangan yang dilayangkan.



“Saya tidak terasa hati dengan komen juri kerana mereka ditugaskan dan dibayar untuk mencari kesilapan dan menegur kekurangan saya.

“Saya bersyukur dan berterima kasih. Malah saya ada meminta maaf kepada Tok Ram dan guru-guru (nyanyian) saya yang membantu saya dalam membuat persiapan untuk menyampaikan lagu tersebut.

“Itu tanggungjawab saya sebagai seorang anak seni untuk mempelajari, menerima kekurangan dan memberi yang terbaik,” katanya pada sidang media.

Tindakan Azharina yang mencelah dan menjawab ketika juri memberi komen terhadap persembahannya semalam memberi bayangan seolah-olah penyanyi tersebut tidak dapat menerima kritikan yang dilayangkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat malam semalam.


Penyanyi Elegi Sepi itu menafikan sekeras-kerasnya tanggapan tersebut, namun mengakui ada menyimpan rasa bersalah kerana merasakan dirinya gagal dan menghampakan guru-guru yang banyak membantunya membuat persiapan menjelang konsert ASGV semalam.


“Saya tak boleh tipu, memang ada perasaan bersalah. Saya hubungi cikgu-cikgu dan saya menangis, hiba sebab saya rasa saya tak mampu membahagiakan mereka.

“Saya meminta maaf kerana kekhilafan saya tidak dapat memberikan yang terbaik. Itu yang saya sedihkan.

“Saya tidak pernah ambil pusing soal komen. Itu come and go. Kita kena bersedia untuk menerima,” jelasnya.

Azharina pada konsert ASGV malam semalam berpuas hati di kedudukan 11 dengan memperoleh markah juri sebanyak 58 peratus.

Peserta di kedudukan tercorot, Ayai Ilusi pula terselamat dari (ASGV) apabila tiada penyingkiran dibuat semalam.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 9-10-2023 09:45 AM
Muka + suara = Lucinta Luna
Quote MistrezHermanaz 9-10-2023 09:52 AM
tapi ok je la dia nyanyi semlm cuma ekspresi dgn gesture dia je x kena..suara ok
Quote ketupatnasi 9-10-2023 09:53 AM
setuju dgn bunda pasal ekspresi muka tu
Quote alesandra 9-10-2023 10:22 AM
Persembahan smlm aku paham je kritikan juri bunda,tok pinaz.lagu sedih...tapi x sampai.mungkin interpretation dia luaran nampak happy(pakai baju merah) tapi hati  dlm kesedihan.masalahnya ko pegi senyum most of the time lagu tu kenapa nyahh? itulaa ko kena paham lirik dan bermain dgn ekspresi muka tu supaya org paham apa yg ko cuba sampai kan.
Quote leftenanhensem 9-10-2023 10:29 AM
actually juri komen cara penyampaian lagu the most, tak da lah sgt pasal suara dia (ada lah sket tok pinaz suh pakai mix head voice gitteeww lebih kurang)

pastu tgk dia dah melalut bila wartawan interview sampai ke lirik lagu dia ckp dia kembali ke asal siap refer ke Dewan Bahasa.. apoooo

by the way, lagi byk ko berguru mcm2 lah ko dpt hahaha last2 sendiri tak paham
Quote refleCtion 9-10-2023 11:06 AM
nyanyian very ok... ekpresi dan body language tu maybe x seiring... aku prefer kalau x byk body language.. nyanyi je ibarat terkenang seseorang, lagu cantik kalu start dgn duduk..
Quote KamikuP 9-10-2023 04:41 PM
Sore acik ni mmg ok la tapi dia ni byk menjawab bila juri komen.. narsisitik much
Quote Joysparta 9-10-2023 05:31 PM
Dah lama tak tgk GV.

Ntah. Malas.Dah tua barangkali.
Quote ezacbee 9-10-2023 05:36 PM
Mujur aku x tengok dah.. Nak tengok gv yg baru bukan recycle..

Quote bedahmenjuyah 9-10-2023 10:27 PM
Joysparta replied at 9-10-2023 05:31 PM
Dah lama tak tgk GV.

Ntah. Malas.Dah tua barangkali.

Me too bukan gv je mana2 yg nyanyi2 malas nak tgk  mmg faktor usia le tu
Quote supernaturalee 9-10-2023 10:43 PM
Getik plk baca komen x tgk gv ape tp nakkkkk jgk mencapub dlm post thread2 gv


Anyway sheol sgt defensive
It's not her 4 teacher tp die sndiri yg bertanding kena pk juga what's the best for her performance
Kata phm lirik tp kenapa ekspresi happy much
Ur vokal just nice mlm smlm
It's just this is all stars
X blh dek takat nice....
Quote codenamedream 9-10-2023 11:45 PM
Nasib baik sheols tak salahkan sihir menyihir

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047354 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top