Indonesia: Seorang pemuda yang dikenali sebagai RH ditahan polis selepas disyaki mencabul 35 orang kanak-kanak lelaki dalam kejadian sejak April 2023. Memetik laporan media Indonesia, suspek adalah seorang pelajar dan pertama kali perbuatan keji itu dilakukannya adalah pada bulan Ramadan 2023.
Menurut sumber, suspek mencabul mangsa pertamanya ketika kanak-kanak itu pulang dari masjid selepas menunaikan solat tarawih. Sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek bertindak mengumpan mangsa dengan mengajaknya ke sebuah pondok dan mengugut akan memukul sekiranya enggan menuruti permintaannya. Bukan itu sahaja, suspek mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula dan membiarkan mangsa menonton filem dewasa. Tidak terhenti di situ, suspek dikatakan merakam sendiri aksi tidak senonohnya dengan mangsa menggunakan telefon bimbit miliknya.
Difahamkan, penahanan suspek dilakukan selepas salah seorang rakan suspek membuat laporan polis setelah melihat video tidak senonoh tersebut. Saksi juga sempat berjumpa dengan keluarga mangsa dan memberitahu kejadian yang berlaku. Hasil siasatan awal mendapati, suspek rupa-rupanya pernah menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu kecil dahulu. Sumber: Oh Bulan |
ADVERTISEMENT