CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafie Naswip Anggap Disihir Suratan Takdir Tapi Kini Hati-Hati Berkawan

8-10-2023 01:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1080| Komen: 1

Selepas didakwa terkena 'buatan orang' dan kawasan rumah diceroboh beberapa bulan lalu, pelakon Syafie Naswip, 31, enggan mengeruhkan keadaan dengan menganggap apa yang berlaku menjadi suratan takdir.


Bagaimanapun, Syafie berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkawan termasuk menjaga batasan dalam apa sahaja yang ingin diperkatakan supaya tidak mengguris hati orang lain.


"Saya anggap jika sesuatu perkara mahu jadi, maka ia akan terjadi juga. Maksudnya, kalau buat jahat atau baik sekalipun, ia tetap akan jadi.

"Saya mahu jadi rasional dan boleh berbaik dengan semua orang, tetapi kalau ada perkara tak baik terjadi, kita akan terkena juga," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi filem Mukhsin pada 2007 itu berkata, dia hanya mahu menjadi diri sendiri dan memberikan layanan sama rata kepada semua orang.

"Kalau rasa selesa dengan seseorang, teruskan. Selalunya saya akan atur apa yang mahu diperkatakan kepada orang dan itu adalah prinsip saya iaitu tidak mahu buat orang kecil hati.


"Boleh kalau hendak cakap berterus-terang, tetapi perlu dengan berhemah dan tidak menyebabkan hati seseorang terasa selagi mereka baik dengan saya. Kalau kurang ajar, maka perlu 'bahasakan' juga.

"Jika orang buat perkara tak baik, saya lebih memilih mendiamkan atau menjauhkan diri supaya tidak berlaku pelbagai masalah lain," katanya.

Mengulas keadaannya ketika ini, penerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 menerusi filem Songlap itu bersyukur apabila segala-galanya kembali pulih.


Justeru, Syafie bertekad kembali bangkit dan mencuba pelbagai perkara baharu supaya mampu membentuk dirinya menjadi penggiat seni berkaliber.

"Alhamdulillah, sekarang sudah tak ada apa-apa kesan atau sakit. Saya hanya berusaha dengan lakukan pelbagai rawatan.

"Ini termasuk perubatan Islam dan apabila sudah baik, saya bersyukur. Sekarang saya baik-baik sahaja.

"Azam sekarang, saya mahu bekerja dengan lebih semangat dan mencuba pelbagai perkara baharu.

"Ketika ini, saya sedang dalam proses untuk belajar menjadi penulis skrip bersama seseorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini," katanya.


Pada Jun lalu, Syafie membuat hantaran di Instagram (IG) seolah-olah mendakwa dirinya menjadi mangsa 'buatan orang'.

Menerusi hantaran itu, Syafie menyertakan beberapa keping foto yang memaparkan kawasan rumahnya diceroboh oleh seseorang dengan meninggalkan kesan kotor dan laman rumahnya turut digali.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 8-10-2023 07:47 PM
Sapa ajalah nk sihirkan muuuu..pastu adik angkt dia yg nama bedak jonson ke apa tu..ober nau nau.hahahaha

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034876 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top