CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Ditakdirkan Bertemu Jodoh, Aishah Nak Ikut Macam Zarina Anjoulie, Cari Lelaki Berduit

8-10-2023 01:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4463| Komen: 43

Jika ditakdirkan bakal bertemu jodoh, penyanyi Datuk Aishah berharap biarlah lelaki itu seorang yang mempunyai kedudukan stabil, berduit dan mampu memberi kesenangan dalam hidup.

"Saya sokong kenyataan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie dan nak ikut jejak langkahnya yang mahu lelaki berduit dan mampu menyara kehidupannya jika mahu menjadikannya isteri.



"Saya cakap berdasarkan pengalaman. Kalau betul berlaku, saya sudah boleh goyang kaki dan berhenti menyanyi," katanya sambil tertawa.

Bagaimanapun, selepas melalui episod perceraian lebih setahun lalu, pintu menuju ke ruang hati penyanyi legenda, Datuk Aishah sudah tertutup menerima kehadiran lelaki.

Dia sudah selesa menjalani hidup bersendirian bersama dua anak teruna dan kucing peliharaannya.

"Saya tiada masa mahu mencari pengganti. Saya gembira hidup seorang. Dan rasanya lelaki pun tak berani nak dekati saya sebab saya garang.


"Malas nak fikir soal jodoh, buat pening kepala sahaja. Mungkin orang lain kalau nak kahwin, mereka mahukan zuriat.

"Macam saya apa lagi nak dikejar, anak-anak pun sudah besar. Elok-elok saya boleh rehat, bila kahwin nak kena urus makan pakai suami.

"Saya tak mahulah," ujar Aishah berterus-terang kepada BH Online.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dolmat 8-10-2023 01:35 PM
Edited by Dolmat at 8-10-2023 01:38 PM

Dah tua tulang dah bengkok baru fikir nak cari laki berduit.. time dulu belajar undang2 di NZ time bergetah runcing, ramping, tengah up duta Pepsi lagi naper tak fikir? Jadi lawyer ke pancing yg berduit ke...

Quote Lily_Elizabeth_ 8-10-2023 01:39 PM
58 dah kan...

Malunya.
Quote Antifake 8-10-2023 01:39 PM
Mulut bole tahan.. ada ke laki pon laki kena tadah telinga
Quote noor2 8-10-2023 01:45 PM
Edited by noor2 at 8-10-2023 01:47 PM

Ya amponnn.....apa2 jela

Tp kalau nk ikut anjolie tu kak Aisyah kena seksila...lepas tu rela buat apa je sebelum kawin...yela nk mcm anjolie
Quote Orix 8-10-2023 01:49 PM
Mana laki yg suka perempuan with brain n tegas boleh la consider tok ecah ni
Quote HappyGumbira 8-10-2023 01:49 PM
Dolmat replied at 8-10-2023 01:35 PM
Dah tua tulang dah bengkok baru fikir nak cari laki berduit.. time dulu belajar undang2 di NZ time b ...

yg ni iols setuju
Quote Ahgerbitch 8-10-2023 01:52 PM
Dia tk malu ke bg statement mcn ni??? Bajet hot stuff choiiii
Quote kaseh80 8-10-2023 01:54 PM
Perasang much
Quote Burong_Hantuk 8-10-2023 02:07 PM
Kau ingat kau tu Anjelina joli kah???nenek x sedar diri
Quote missHaidiD 8-10-2023 02:09 PM
Tah2 da menopause
Quote missHaidiD 8-10-2023 02:10 PM
Aku rasa dia fikir dia da kurus dia hot sgt la kot skrg ni. Tu yg berimpian nk berlaki kaya

Acik da menopause ke belum?

Malu ank2 baca acik masih memikir nk berlaki. Kaya lak tu
Quote Meawket 8-10-2023 02:34 PM
why iolls tengok bila kurus ni nampak makin tua ya?
Quote Nadzfizz 8-10-2023 03:29 PM
Tak malu nya keluarkan statement mcm tu... Ada ke org berduit nakkn dia... Yg berduit semua nk yg muda2 bergetah je yg aku tau... Cermin2 lah diri tu nenek ecah
Quote ketambangkang 8-10-2023 04:11 PM
dia ni bile bercakap kenapa suara dia mcm kelakar? bila menyanyi sdp pulak
Quote makita 8-10-2023 04:20 PM
Jarang lelaki muda nak kat org tua umo 58 mcm nenek ecah kecuali nek ecah berduit.
Kalau lelaki umo atok2, baik dorg cari anak dara. Kalau atok2 ni nak gak nek ecah,mungkin sbb atok2 ni dah crush kat nek ecah sejak sekolah lagi.

Selain dari tu mmg tak ada harapan nek ecah nak berlaki.
Quote winky1 8-10-2023 04:33 PM
Betul tu tak yah kahwin lagi lah...Dah tiga Kalik kan ...lost count. Plan duit tu baik-baik. Tak perlu lah nak menyanyi sampai tua. Duit takkan cukup. Downsize dan hidup secara minimalist.
Quote neve4881 8-10-2023 04:37 PM
iols suka sgt ms sheols dgn laki matsalleh tu.. tak sangka jodoh x pjg
Quote winky1 8-10-2023 04:42 PM
Ahgerbitch replied at 8-10-2023 01:52 PM
Dia tk malu ke bg statement mcn ni??? Bajet hot stuff choiiii

She could have answered in a better way. Tak perlu sentuh atau ref Zarina etc. Kata je saya dah cuba beberapa kali, cukup lah. Sekarang masa nya untuk berehat dan kurang kan aktiviti menyanyi. Anak anak pun dah besar. Dah boleh rehat sikit....bab ugama tu pun tak perlu lah nak sebut takut org kata riak. Tapi org faham lah dah lanjut dkt 60 mestilah nak buat lebih amal ibadat bukan praktis utk menyanyi dipentas. Nyanyi jemputan orchestra yg exclusive tu ok lah. Arwah Julie Sudiro dulu night club singer. Dah tua berusaha jadi guru mengaji . Arwah mencari pengakhiran yg elok dapat yg elok.
Quote winky1 8-10-2023 04:44 PM
Meawket replied at 8-10-2023 02:34 PM
why iolls tengok bila kurus ni nampak makin tua ya?

Sebab mmg tua. Dia muka biasa2 je. Zaman muda more on performance and dressing international dia tu. Dah tua, Allah dah ambil nikmat byk. Byk kali sakit pun. Elok lah bersara

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.058404 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top